Senarai Hotel di Melaka

senarai hotel melaka ada private swimming pool

Senarai Hotel di Melaka Ada Private Swimming Pool

Tak dinafikan memang banyak hotel menarik di Melaka. Masakan tidak, negeri Melaka sesuai dengan status sebagai sebuah negeri yang penuh dengan tempat yang best dan sarat dengan nilai sejarah berusia beratus tahun.

Ada yang cari hotel with private pool yang dekat mitc ayer keroh, bukit katil, pantai hospital, utem, mmu, tepi pantai klebang, tepi sungai melaka ataupun di tengah bandar Melaka, persoalannya yang mana satu?

Sebab itu, artikel ini ditulis untuk bantu anda pilih dengan lebih mudah. Bukan sekadar cari tempat tidur, tetapi cari penginapan dan resort menarik di melaka yang betul-betul sesuai dengan tujuan trip anda apabila datang ke Melaka.

Sama ada anda datang untuk cuti keluarga, short getaway, urusan kerja, reunion, honeymoon atau majlis kecil, setiap kawasan di Melaka ada kelebihan tersendiri di villa staycation melaka atau hotel.

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking. #homestaymelaka #homestaymelakaprivatepool #homestayprivatepool #percutiankeluarga #jalanjalanmelaka ♬ original sound – 𝕃π•ͺπ•£π•šπ•”π•€

SUMBER: MPHTJ dan MBMB

Ciri Hotel Melaka Yang Best Untuk Booking

Pertama, lokasi memang sangat penting. Kalau anda banyak habiskan masa di kawasan bandar, pilih hotel yang dekat dengan tarikan utama. Ini boleh jimat masa, minyak dan tenaga.

Kedua, fikir tentang saiz bilik dan ruang. Untuk pasangan, bilik yang selesa mungkin sudah mencukupi. Namun, untuk keluarga besar, bilik luas atau homestay biasanya lebih praktikal.

Ketiga, semak kemudahan utama yang disedikaan. Contohnya, ada parking lebih menyenangkan, hotel ada kolam renang jauh lebih baik, ada juga yang lebih utamakan sarapan disediakan, WiFi laju atau kawasan yang tenang pada waktu malam.

Keempat, tengok jenis trip anda. Kalau anda datang dengan anak kecil, faktor keselamatan, ruang bergerak dan suasana mesra keluarga lebih penting berbanding dekorasi semata-mata di bilik hotel.

Akhir sekali, jangan pilih berdasarkan gambar sahaja. Baca juga jenis kawasan, akses jalan, jarak ke tempat yang anda mahu pergi dan suasana sekeliling.

1. Hotel Bandar Melaka & Hotel Bandar Hilir

Kalau anda mahu duduk dekat dengan kawasan paling sibuk dan paling popular, kawasan tengah bandar dan Bandar Hilir memang antara pilihan utama.

Kelebihan utama kawasan ini ialah anda dekat dengan banyak tempat ikonik. Mudah untuk ke kawasan sejarah, pusat beli-belah, restoran terkenal, sungai, muzium dan port berjalan kaki pada waktu malam.

Kawasan ini sesuai untuk:

  • pelancong kali pertama ke Melaka
  • pasangan yang mahu suasana lebih hidup
  • keluarga kecil yang mahu akses mudah ke banyak tempat
  • pengunjung yang datang untuk trip singkat satu atau dua malam

Namun begitu, ada juga perkara yang perlu dipertimbangkan. Kawasan tengah bandar biasanya lebih sibuk, terutama hujung minggu, musim cuti dan waktu puncak. Kalau anda lebih suka suasana damai dan privasi, anda mungkin rasa kawasan ini sedikit padat.

2. Hotel Bulan Madu Melaka Untuk Pasangan Honeymoon

Melaka memang ada daya tarikan tersendiri untuk pasangan. Suasananya santai, tidak terlalu laju seperti bandar besar di negeri lain, tetapi masih ada banyak tempat menarik untuk makan, bergambar dan berehat.

Jika anda cari hotel bulan madu melaka Melaka, fokus pada tiga perkara.

  • Pertama, suasana bilik mestilah selesa dan tenang.
  • Kedua, kawasan sekeliling tidak terlalu bising.
  • Ketiga, lokasi masih mudah untuk keluar menikmati makan malam atau berjalan santai.

Pasangan bulan madu pengantin baru biasanya suka penginapan yang nampak kemas, cantik dan ada rasa privasi di Melaka. Ada yang suka bilik dengan sentuhan moden. Ada juga yang suka tempat yang lebih klasik dan romantik.

Kalau anda mahu trip yang lebih santai, pilih penginapan yang tidak terlalu jauh dari tempat makan dan spot malam. Dengan cara itu, anda tidak perlu penat memandu terlalu jauh selepas seharian berjalan.

Antara hotel honeymoon yang boleh kami cadangkan kepada anda ialah:

  1. Casa del Rio Melaka
  2. The Majestic Malacca
  3. Liu Men Hotel
  4. Rosa Hotel Melaka

Penutup

Memilih hotel menarik dan best di Melaka sebenarnya jadi lebih mudah apabila anda tahu tujuan trip anda. Ada orang mahu dekat bandar. Ada orang mahu kawasan tenang. Ada yang lebih utamakan akses ke hospital, kampus UTEM atau MMU, MITC atau pantai yang menarik di melaka.

Jadi, penginapan terbaik semansa anda bercuti ke Melaka bukan semestinya yang paling mahal atau paling viral. Yang terbaik ialah yang paling sesuai dengan keperluan anda, jumlah tetamu, bajet dan jenis pengalaman yang anda mahu.

Kalau anda datang bersama keluarga dan lebih suka ruang yang luas, suasana santai serta pengalaman yang lebih privasi, pilihan homestay di Melaka juga sangat wajar dipertimbangkan berbanding hotel.

Dengan anda membuat pilihan yang tepat, barulah trip ke Melaka terasa lebih selesa, lebih tenang dan lebih berbaloi-berbaloi.

error: