Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the motopress-hotel-booking domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/beritas1/thillmelaka.com/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the mphb-styles domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/beritas1/thillmelaka.com/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the booklium domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/beritas1/thillmelaka.com/wp-includes/functions.php on line 6121
Tempat Menarik Archives - La Thill Homestay

Hospital Pantai Melaka

Hospital Pantai Melaka adalah salah satu hospital swasta terbaik di Melaka, menawarkan rawatan berkualiti tinggi dengan kemudahan moden. Ia menjadi pilihan utama untuk pesakit tempatan dan pelancong perubatan dari dalam dan luar negara.

Lokasi:

  • Alamat: 8, Jalan Bunga Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
  • Waktu Operasi: 24 jam
  • Hubungi: +606-282 5588

Google Maps: Klik di sini untuk arah ke hospital.

Senarai Doktor Pakar & Perkhidmatan Perubatan

Hospital ini menyediakan rawatan dalam pelbagai bidang kepakaran dengan doktor pakar yang berpengalaman.

Jabatan & Pakar Perubatan Utama

Bidang PakarDoktor Pakar
Kardiologi (Jantung)Dr. Ahmad Firdaus
Ortopedik (Tulang & Sendi)Dr. Lim Siew Ching
Pakar Bedah AmDr. Suresh Kumar
Pediatrik (Kanak-Kanak)Dr. Zainal Abidin
Ginekologi (Wanita & Kehamilan)Dr. Nur Aida

Nota: Untuk temu janji, pesakit boleh menghubungi hospital atau menggunakan sistem tempahan dalam talian.

3. Waktu Lawatan Hospital Pantai Melaka

Penting bagi pelawat untuk mengikuti jadual waktu lawatan bagi memastikan keselesaan pesakit dan staf perubatan.

Waktu Lawatan:

  • Hari Isnin – Jumaat: 12.00 tengah hari – 2.00 petang | 5.00 petang – 8.00 malam
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12.00 tengah hari – 8.00 malam

Peraturan Lawatan:

  • Maksimum 2 orang pelawat pada satu masa.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan.
  • Pakai pelitup muka dan patuhi SOP hospital.

Penginapan Terdekat di Sekitar Hospital Pantai Melaka

Bagi keluarga pesakit yang memerlukan tempat penginapan berhampiran hospital, berikut adalah pilihan yang sesuai:

Homestay Terdekat dengan Hospital Pantai Melaka

Nama PenginapanJarak ke HospitalKemudahan
Thill Melaka Homestay5 minit3 bilik tidur, WiFi, parking percuma
Imperio Residence Melaka7 minitKolam renang, pemandangan laut
Bayview Hotel Melaka10 minitSarapan percuma, gimnasium

Mengapa Pilih Thill Melaka Homestay?

  • Dekat dengan hospital (hanya 5 minit perjalanan).
  • Kelengkapan lengkap – sesuai untuk keluarga pesakit.
  • Ruang luas & selesa dengan harga berpatutan.

Tempah Sekarang: Klik di sini untuk maklumat lanjut

5. Cara Pergi ke Hospital Pantai Melaka

Pesakit dan pelawat boleh menggunakan pelbagai mod pengangkutan ke hospital:

Memandu Sendiri

  • Dari Pusat Bandar Melaka: 10 minit
  • Dari Tol Ayer Keroh: 20 minit

Pengangkutan Awam

  • Bas: Laluan M01 & M02 berhenti di hadapan hospital.
  • Teksi / Grab: Tambang sekitar RM5 – RM15 dari pusat bandar.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapakah kos rawatan di Hospital Pantai Melaka?

Kos rawatan bergantung kepada jenis perkhidmatan dan pakar yang dirujuk. Anda boleh menghubungi hospital untuk mendapatkan anggaran harga sebelum rawatan.

2. Adakah hospital ini menerima insurans perubatan?

Ya, ia menerima kebanyakan kad insurans perubatan seperti AIA, Prudential, Allianz, dan Etiqa.

3. Bagaimana untuk membuat temujanji dengan doktor pakar?

Anda boleh menghubungi hospital melalui telefon atau menggunakan sistem tempahan dalam talian di laman web rasmi mereka.

Kesimpulan

Hospital Pantai Melaka merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang memerlukan rawatan perubatan berkualiti di Melaka. Dengan doktor pakar yang berpengalaman, kemudahan moden, dan lokasi strategik, ia menjadi pusat rawatan utama di negeri ini.

Bagi keluarga pesakit yang memerlukan penginapan berhampiran, Thill Melaka Homestay adalah pilihan terbaik kerana jaraknya yang dekat dengan hospital, ruang luas, dan keselesaan seperti di rumah.

Tempah homestay anda sekarang untuk penginapan yang lebih selesa dan mudah! Klik di sini

Tempat Menarik di Melaka

Jemput lerr datang ke Melaka, banyak tempat menarik di Melaka yang best pada waktu malam dan waktu siang bersama kanak-kanak dan anak anak anda

Tinjauan yang pihak Mymelaka lakukan, rata-rata suka untuk datang ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Mana tidaknya. Nak cari tempat makan best dan sedap termasuk deretan tempat best di Melaka cukup banyak.

Ada banyak pilihan tempat viral di melaka untuk mereka datang bercuti.

Senarai Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam dan Siang

Kecil-kecil cili padi. Itulah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu sebuah destinasi pelancongan menarik dan unggul di Malaysia.

Merata boleh cari dan pergi atau bahasa muda-mudi hari ini iaitu check in sambil selfie untuk dikongsikan di media sosial, Facebook ataupun Instagram.

Adakah anda Setuju?

Anda tahu apa yang lebih menakjubkan? Hanya 2 tempat sahaja yang diperakui sebagai bandar warisan dunia oleh UNESCO.

Georgetown, Pulau Pinang dan juga Melaka. Dengan sejarah terkandung yang melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik, jika anda ingin dapatkan harga murah, sila tempah awal atau pergi waktu puncak.

Anda digalakkan untuk sewa homestay jikalau pergi dalam kumpulan besar. Pendek kata, memang tiada masalah untuk bercuti di Melaka.

Di sini kami senaraikan terlebih dahulu tempat menarik di Ayer Keroh dan tempat menarik di Bandar Hilir yang mana anda boleh di pautan ini senarai tempat bersejarah di Melaka.

“Ini adalah panduan tempat best yang ada di Melaka. Dari tempat yang bersejarah hinggalah ke pantai yang bersih. Semua ada”

Melaka mempunyai banyak tempat percutian yang best di melaka termasuk pantai yang bersih dengan pemandangan matahari yang mengasyikkan pada waktu terbit & terbenam.

Di bawah ini, kami senaraikan pantai terbaik di Melaka, yang bersedia setiap masa untuk menerima kunjungan anda.

Tempat Mandi di Melaka Sesuai Untuk Family Day di Pantai Puteri

Apakah tarikan yang ada di Pantai Puteri? Biasanya sampah-sarap pasti banyak di kawasan yang ramai pelancong. Pantang betul jika ramai pelancong pasti akan banyak sampah-sarap.

Kepada yang sedang cari penginapan yang privacy untuk group anda atau family anda dengan kemudahan private pool, tempah thill homestay melaka (https://thillmelaka.com)

Tapi, ini tidak berlaku di Pantai Puteri Melaka. Kawasannya terjaga rapi dan pantainya bersih.

Inisiatif memang diambil kerajaan negeri Melaka untuk membersihkan pantai ini setiap hari.

Jadi, datang ke sini memang sedap mata memandang dan boleh rehatkan fikiran. Sampah akan disapu dan diangkut dengan teratur. Cuma, pantai ini tidak boleh nak lawan dengan pantai di Langkawi.

Anda boleh datang melancong. Hotel Melaka di tepi pantai boleh dinginap untuk menyaksikan keindahan matahri terbit dan terbenam.

Untuk dapatkan harga murah anda diminta untuk buat tempahan awal ataupun tinggal di homestay.

Pantai seterusnya lebih dikenali ramai (mainstream!!). Memang sudah ramai orang kenal dan jalan memang sesak di situ. Pantai apakah itu?

  • Bagi yang mencari destinasi unik, Pulau Melaka menawarkan keindahan pantai serta Masjid Selat yang ikonik.
  • Ingin mengenali sejarah bandar ini? Terokai kisah menarik dalam artikel kami tentang Sejarah Melaka.

Senarai Pulau Melaka

Senarai Pulau Melaka yang ramai tidak tahu. Boleh semak senarainya seperti yang dikongsikan di bawah ini

1. Pulau Melaka


Ia adalah Pulau buatan manusia atas tuajuan pembangunan atas kepesatan sektor hartanah di Bandar Melaka.

Sebuah jambatan 30m telah dibina bagi menghubungkan kedua-dua buah Pulau ini dengan Bandar Melaka.

Ia merupakan Pulau buatan yang dibina ini terdiri daripada 2 pulau buatan yang mana masing berkeluasan sekitar 40 hektar dan 50 hektar.

Terkini dengan beberapa pembaharuan dan pelaburan dari luar negara menyebabkan pemandangan dan landskap di sana yang telah banyak berubah. Beberapa projek sedang berjalan dan sedia ada.

Di sini ada sebuah Masjid Selat Melaka yang jadi tujuan ramai di Bandar Melaka terutamanya untuk sembahyang Jumaat.

Dan Masjid Selamat Melaka ini juga seringkali menjadi tumpuan baik pelancong tempatan dan pelancong asing. Sentiasa ramai terutamanya pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah.

SUMBER: Wikipedia

Selain Pulau Melaka, terdapat banyak lagi tempat best di Melaka yang boleh anda lawati untuk pengalaman yang lebih lengkap.

2. Pulau Besar Melaka

Ini antara Pulau yang paling popular di negeri Melaka. Tak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Hanya sejauh 3 batu nautika sahaja. Ada macam-macam sebab ramai teringin datang ke sini.

Ada yang datang untuk melihat sendiri keindahan alam dan pantai di Pulau Besar Melaka. Tetapi…

Tetapi ada juga sebab-sebab tahyul sehingga menjalankan aktiviti khurafat di Pulau Besar Melaka ini. Kononnya Pulau ini adalah sebuah Pulau Keramat.

Anda boleh datang ke Pulau Besar Melaka samada

  • Pengangkutan Feri dari Jeti Anjung Batu
  • Bot Laju dari Jeti Umbai

Ada Banyak tempat menarik di Pulau Besar Melaka

  • Muzium Pulau Besar Melaka
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Makam Seribu
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Batu Lesung
  • Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Pokok Disula
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Gua Yunus

3. Pulau Hantu

Ini satu lagi Pulau yang ada, namanya Pulau Hantu. Macam pelik bukan namanya. Ia terletak dekat sahaja dengan Pulau Besar Melaka.

Jikalau kena musim air surut anda boleh sahaja berjalan kaki pergi ke Pulau Besar.

Pulau ini sebahagiannya terletak dalam wilayah Singapura, sebahagian lagi terletak di negeri Melaka.

Ada macam cerita dongeng dan mitos yang kdengaran mengenai Pulau ini.

Kononnya kalangan pahlawan dan pendekar zaman dahulu mengumpul kesaktian masing masing di Pulau ini. Ini dibuktikan kewujudan gua misteri di sana.

4. Pulau Dodol

Tidak dipastikan siapa dan kenapa nama ini diberikan.

Walaubagaimanapun pulau ini banyak kalai digunakan oleh kalangan nelayan sebagai tempat berteduh terutamanya ketika cuaca tidak mengizinkan seperti ribut kencang dan ribut petir.

5. Pulau Upeh

Pulau ini sangat dekat dengan Pantai Melaka yang popular iiatu Pantai Klebang. Oleh sebba itu kerajaan Melaka nampak ia satu potensi pelancongan negeri Melaka yang patut diketengahkan.

Dan sekarang Pulau Upeh Melaka ini sudah tersedia menerima kehadiran pelancong untuk datang menginap di deretan chalet sambil menikmati keindahan alam dan pantai di sekitar Pulau Upeh ini.

Dan di Pulau ini juga anda boleh melihat pendaratan Penyu Karah pada ketika musimnya.

6. Pulau Undan Melaka

Pulau Undan Melaka ini memamang jarang sekali disebut. Madsakan tidak, ini adalah satu pulau plarangan untuk sesiapa mendekati Pulau ini untuk tujuan komersil.

7. Pulau Nangka

Dahulu pernah kecoh dengan kewujudan Pulau Nangka Melaka ini. Pulau ini tidak berpenghuni.

Tetapi pulau ini jadi popular dek kerana ada yang mengatakan di Pulau Nangka inilah tersimpannya harta karun milik sultan Melaka yang terakhir pada masa itu Sultan Mahmud Shah.

Harta karun tersebut dikatakan bernilai berbilion dollar mengikut nilai pasaran pada hari ini.

Harta tersebut ditanam dan disimpan sebahagianya ketika era penjajahan Portugis pada tahun 1911. Betul atau tidak, tidak dapat dipastikan kesahihannya.

8. Pulau Hanyut

Dan pulau terakhir yang perlu anda tahu adalah Pulau Hanyut.

Kami boleh katakan Pulau Hanyut adalah pulau yang indah dan pulau yang cantik. Siapa kaki pancing Melaka, lokasi di sekitar Pulau Hanyut adalah lubuk untuk mereka mencari ikan-ikan menarik.

error: