Blog

Senarai Hotel di Melaka

senarai hotel melaka ada private swimming pool

Senarai Hotel di Melaka Ada Private Swimming Pool

Tak dinafikan memang banyak hotel menarik di Melaka. Masakan tidak, negeri Melaka sesuai dengan status sebagai sebuah negeri yang penuh dengan tempat yang best dan sarat dengan nilai sejarah berusia beratus tahun.

Ada yang cari hotel with private pool yang dekat mitc ayer keroh, bukit katil, pantai hospital, utem, mmu, tepi pantai klebang, tepi sungai melaka ataupun di tengah bandar Melaka, persoalannya yang mana satu?

Sebab itu, artikel ini ditulis untuk bantu anda pilih dengan lebih mudah. Bukan sekadar cari tempat tidur, tetapi cari penginapan dan resort menarik di melaka yang betul-betul sesuai dengan tujuan trip anda apabila datang ke Melaka.

Sama ada anda datang untuk cuti keluarga, short getaway, urusan kerja, reunion, honeymoon atau majlis kecil, setiap kawasan di Melaka ada kelebihan tersendiri di staycation melaka atau hotel.

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking. #homestaymelaka #homestaymelakaprivatepool #homestayprivatepool #percutiankeluarga #jalanjalanmelaka ♬ original sound – 𝕃π•ͺπ•£π•šπ•”π•€

SUMBER: MPHTJ dan MBMB

Ciri Hotel Melaka Yang Best Untuk Booking

Pertama, lokasi memang sangat penting. Kalau anda banyak habiskan masa di kawasan bandar, pilih hotel yang dekat dengan tarikan utama. Ini boleh jimat masa, minyak dan tenaga.

Kedua, fikir tentang saiz bilik dan ruang. Untuk pasangan, bilik yang selesa mungkin sudah mencukupi. Namun, untuk keluarga besar, bilik luas atau homestay biasanya lebih praktikal.

Ketiga, semak kemudahan utama yang disedikaan. Contohnya, ada parking lebih menyenangkan, hotel ada kolam renang jauh lebih baik, ada juga yang lebih utamakan sarapan disediakan, WiFi laju atau kawasan yang tenang pada waktu malam.

Keempat, tengok jenis trip anda. Kalau anda datang dengan anak kecil, faktor keselamatan, ruang bergerak dan suasana mesra keluarga lebih penting berbanding dekorasi semata-mata di bilik hotel.

Akhir sekali, jangan pilih berdasarkan gambar sahaja. Baca juga jenis kawasan, akses jalan, jarak ke tempat yang anda mahu pergi dan suasana sekeliling.

1. Hotel Bandar Melaka & Hotel Bandar Hilir

Kalau anda mahu duduk dekat dengan kawasan paling sibuk dan paling popular, kawasan tengah bandar dan Bandar Hilir memang antara pilihan utama.

Kelebihan utama kawasan ini ialah anda dekat dengan banyak tempat ikonik. Mudah untuk ke kawasan sejarah, pusat beli-belah, restoran terkenal, sungai, muzium dan port berjalan kaki pada waktu malam.

Kawasan ini sesuai untuk:

  • pelancong kali pertama ke Melaka
  • pasangan yang mahu suasana lebih hidup
  • keluarga kecil yang mahu akses mudah ke banyak tempat
  • pengunjung yang datang untuk trip singkat satu atau dua malam

Namun begitu, ada juga perkara yang perlu dipertimbangkan. Kawasan tengah bandar biasanya lebih sibuk, terutama hujung minggu, musim cuti dan waktu puncak. Kalau anda lebih suka suasana damai dan privasi, anda mungkin rasa kawasan ini sedikit padat.

2. Hotel Bulan Madu Melaka Untuk Pasangan Honeymoon

Melaka memang ada daya tarikan tersendiri untuk pasangan. Suasananya santai, tidak terlalu laju seperti bandar besar di negeri lain, tetapi masih ada banyak tempat menarik untuk makan, bergambar dan berehat.

Jika anda cari hotel bulan madu melaka Melaka, fokus pada tiga perkara.

  • Pertama, suasana bilik mestilah selesa dan tenang.
  • Kedua, kawasan sekeliling tidak terlalu bising.
  • Ketiga, lokasi masih mudah untuk keluar menikmati makan malam atau berjalan santai.

Pasangan bulan madu pengantin baru biasanya suka penginapan yang nampak kemas, cantik dan ada rasa privasi di Melaka. Ada yang suka bilik dengan sentuhan moden. Ada juga yang suka tempat yang lebih klasik dan romantik.

Kalau anda mahu trip yang lebih santai, pilih penginapan yang tidak terlalu jauh dari tempat makan dan spot malam. Dengan cara itu, anda tidak perlu penat memandu terlalu jauh selepas seharian berjalan.

Antara hotel honeymoon yang boleh kami cadangkan kepada anda ialah:

  1. Casa del Rio Melaka
  2. The Majestic Malacca
  3. Liu Men Hotel
  4. Rosa Hotel Melaka

3. Hotel Dekat Klebang Tepi Pantai Melaka

Klebang selalu jadi pilihan untuk mereka yang mahu rasa suasana bercuti yang dekat dengan tempat menarik di tepi pantai Klebang. Kawasan ini popular kerana dekat dengan pantai, mudah cari makanan dan sesuai untuk aktiviti petang bersama keluarga.

Ramai yang suka kawasan ini sebab anginnya lebih nyaman dan suasananya berbeza sedikit daripada tengah bandar. Kalau anda mahu tempat untuk lepak petang, beli makanan ringan, tengok suasana laut dan balik berehat dengan lebih tenang, kawasan ini memang menarik.

Penginapan sekitar Klebang sesuai untuk:

  • keluarga yang mahu suasana santai di tepi laut Melaka
  • pasangan yang suka pemandangan petang
  • kumpulan kecil yang mahu dekat dengan pantai
  • pelancong yang mahu elak kawasan terlalu sesak

Antara hotel yang kami sarankan adalah seperti:

  • Birkin Hotel
  • Amber Cove Premier Suites Melaka

4. Hotel Bukit Katil

Bukit Katil sesuai untuk yang mahukan akses bandar dan juga suasana kejiranan yang lebih tenang. Kawasan ini juga sering jadi pilihan untuk urusan keluarga, kenduri, ziarah dan penginapan yang tidak terlalu jauh dari beberapa laluan utama di negeri Melaka.

Ramai yang suka kawasan ini kerana lebih santai berbanding pusat bandar. Nak cari kedai makan pun mudah. Kedai keperluan harian juga senang dicari. Kami sendiri faham, bagi sesetengah pengunjung, faktor ini lebih penting daripada duduk terlalu dekat dengan tempat pelancongan.

Kalau anda datang dengan keluarga besar atau mahu penginapan yang lebih lapang, kawasan seperti ini selalunya lebih sesuai berbanding hotel yang terlalu sesak di tengah bandar.

  • Bayou Lagoon Park Resort
Tapi pilihan yang lebih semestinya book villa di melaka with private pool (La Thill Grande)

Penutup

Memilih hotel menarik dan best di Melaka sebenarnya jadi lebih mudah apabila anda tahu tujuan trip anda. Ada orang mahu dekat bandar. Ada orang mahu kawasan tenang. Ada yang lebih utamakan akses ke hospital, kampus UTEM atau MMU, MITC atau pantai yang menarik di melaka.

Jadi, penginapan terbaik semansa anda bercuti ke Melaka bukan semestinya yang paling mahal atau paling viral. Yang terbaik ialah yang paling sesuai dengan keperluan anda, jumlah tetamu, bajet dan jenis pengalaman yang anda mahu.

Kalau anda datang bersama keluarga dan lebih suka ruang yang luas, suasana santai serta pengalaman yang lebih privasi, pilihan homestay di Melaka juga sangat wajar dipertimbangkan berbanding hotel.

Dengan anda membuat pilihan yang tepat, barulah trip ke Melaka terasa lebih selesa, lebih tenang dan lebih berbaloi-berbaloi.

Kampung Tehel Melaka

asal usul sejarah kampung tehel melaka

Ramai yang bertanya kepada kami apabila mereka sampai ke La Thill Homestay Melaka, apa asal usul dan sejarah Kampung Tehel Melaka? Macam mana boleh dapat nama ini?

Kampung Tehel ialah salah satu daripada sebuah perkampungan tradisi dalam Daerah Jasin, Melaka.

Kami akan berkongsi beberapa maklumat berdasar sumber kajian portal ini, Wikipedia, berkaitan sejarah adan asal usul kampung ini. Teruskan membaca…

Asal Usul Nama Tehel?

Dahulu zaman nenek moyang di sini Orang Inggeris telah menamakan kawasan ini dengan panggilan “Tea Hill” disebabkan aktiviti penanaman pokok teh di kawasan bukit di sini.

Tetapi penduduk asal kampung acapkali memanggil nama yang lebih mudah sesuai dengan pertuturan orang Melayu pada ketika itu dengan sebutan “Teh Hel” sehingga akhirnya bertukar kepada Tehel dan bertahan sehingga ke hari ini.

Boleh rujuk juga Sejarah Melaka melibatkan sejarah kesultanan Melayu Melaka

Penduduk Asal Kampung Tehel Melaka

Kampung ini rata-ratanya terdiri daripada masyarat Bugis sehinggalah pada tahun 1880, Sidang Ismail Bin Senin dilantik sebagai ketua adat.

  • Pada akhir abad ke‑18, struktur kepimpinan kampung mula terbentuk dengan kewujudan sidang dan imam yang mengurus hal adat dan syarak.
  • Pada 1930‑an, pendidikan formal berkembang melalui penubuhan sekolah rendah kerajaan di Tehel.
  • Pada 1970, rekod rasmi keagamaan menyenaraikan masjid kampung dengan tarikh binaan.
  • Masjid ini kemudiannya diwartakan pada 6 Mei 2004, mengukuhkan statusnya sebagai institusi teras masyarakat.

Aktiviti Ekonomi Pada Waktu Dahulu

Kebanyakannya dahulu menanam teh, mengerjakan sawah dengan menanam padi, menternak dan juga berkebun.

Institusi dan Kemudahan Utama

Teras kehidupan bermasyarakat di Tehel ditunjangi tiga institusi.

  • Pertama, Masjid Kampung Tehel yang sekarang dikenali Masjid Al Hakeem (bangunan asal dikatakan bermula 1925; masjid ini diwartakan pada [6 Mei 2004 (No. Daftar MY-04-JSN-00112)] yang berperanan sebagai pusat ibadah dan aktiviti sosial penduduk kampung ini.
  • Kedua, Sekolah Kebangsaan Tehel (ditubuhkan 1927 hasil usaha ketua kampung Sidang Haji Muit bin Haji Baba) yang menyediakan akses pendidikan peringkat rendah untuk komuniti setempat termasuk anak-anak kecil di sini.
  • Ketiga, Pusat Komuniti Desa/Mini RTC yang menjadi lokasi penganjuran latihan, program belia dan khidmat komuniti.
  • Selain itu, Klinik Desa Kampung Tehel membantu memperkukuh jaringan kesihatan primer, selari dengan peranan klinik desa lain di Daerah Jasin.

Garis Masa Penting Sejarah Kampung Tehel Melaka

Siapa Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dan Kenapa Memilihnya?

Pra-1880 (ringkas, untuk konteks)

  • 1808 (lisan): Penempatan awal Kampung Tehel Melaka terdiri daripada 4 keluarga Bugisβ€”Mampek, Montok, Sakah & Sabih;
  • 1854: Wujud peta β€œBritish Territory of Malacca” (Pharoah & Co.). Anda boleh rujuk peta lama yang mana ada menunjukkan “Tehill” di situ. (Bukti kewujudan di peta berkenaan). SUMBER: Wikimedia Commons & geographicus.com

1880-an

  • 1880: Sidang Ismail bin Senin dilantik mengetuai adat setempat (struktur kepimpinan kampung mula didokumentasikan dalam naratif lisan).
  • 1882: Imam Maalim bin Jaafar mengetuai hal ehwal syarak bagi melibatkan ~38 keluarga di Tehel.

1930-an

  • 1938: Sekolah Kebangsaan Tehel (SK Tehel) direkodkan ditubuhkan pada 01 Jan 1938 (rekod PDT Jasin – direktori sekolah rendah daerah). SUMBER: pdtjasin.gov.my

1970

  • Masjid Tua/Al-Hakeem, Tehel: Tarikh binaan rasmi pada rekod Portal SISMIM (JAKIM) ialah 01/01/1970. SUMBER: masjid.islam.gov.my

2004

  • 6 Mei 2004: Masjid Kampung Tehel diwartakan (No. Daftar MY-04-JSN-00112). (Rujukan Wikipedia BM yang memetik pangkalan JAKIM). SUMBER: Wikipedia

2010-an (identiti & data sosial)

  • 2010 (perkongsian situasi sekitar 1980-an): Catatan kajian lapangan (kursus PTD) merekodkan Tehel berkeluasan Β±1,118 ekar yang terdiri daripada 8 solok iaitu (Tehel Ulu, Tehel Tengah, Paya Kundang, Tanjung Laboh, Parit Lampong, Solok Serompong, Pengkalan Badak, Gapam),
  • Pada masa sekitar 1980an ada sejumlah Β±1,484 penduduk di mana pekerjaan utama mereka adalah petani/pesawah. SUMBER: blog peribadi semasa menghadiri kursus PTD)
  • 2016–2018: Mini RTC / Pusat Komuniti Desa Tehel direkodkan beroperasi di KM 16, Kampung Tehel (senarai Mini RTC 2016; set data rasmi 2018; direktori PKD 2020). SUMBER: mrtcpengkalanramapantai.files.wordpress.com & rurallink.gov.my
  • 2017: Tuan Rahim bin Hj. Selamat sebagai ketua kampung (ketika itu), seiring dengan senarai JPKK DUN Bemban terkini yang memaparkan beliau sebagai Pengerusi JPKK Tehel. SUMBER: pdtjasin.gov.my

2020

  • 23 Nov 2020: Banjir termenung di Tehelβ€”APM/JPS kenal pasti punca utama berkait Sungai Duyong yang tidak dapat menampung aliran daripada cabang sungai; isu tebatan dibangkitkan di peringkat negeri (laporan Bernama). SUMBER: BERNAMA

2024

  • 8 Oktober 2024: Exco negeri arah JPS percepat pembersihan/penyelenggaraan saliran di Kampung Tehel bagi mengurangkan risiko banjir (saluran Melaka Hari Ini). SUMBER: Telegram

2025

  • Aktiviti komuniti berterusan di PKD/PCD Tehel (contoh: bengkel kemahiran komuniti yang dihebahkan kepada penduduk setempat). SUMBER: Facebook

Kesultanan Melayu Melaka

kesultanan melayu melaka

Zaman kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan dan empayar terulung di rantau Asia Tenggara pada sejarah abad ke-15 dan 16.

Ia bukan sahaja menjadi pusat pemerintahan, malah berjaya dah pun muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur dan Barat.

Artikel ini menghimpunkan fakta lengkap mengenai sejarah kesultanan Melaka, nama sultan, sistem pentadbiran termasuk urusan perdagangan, dan warisan yang ditinggalkan.

Sejarah negeri Melaka yang disembunyikan selama ini

Asal Usul & Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melaka diasaskan pada sekitar tahun 1400 Masihi oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya dari Palembang.

Setelah melarikan diri dari ancaman Majapahit dan Siam, beliau menemui kawasan strategik di muara Sungai Bertam dan menubuhkan kerajaan baharu yang dinamakan Melaka.

Senarai Nama Sultan Melaka

Berikut adalah beberapa nama sultan yang pernah memerintah Melaka:

  1. Parameswara (Sultan Iskandar Shah) – Pengasas Kesultanan Melaka.
  2. Sultan Megat Iskandar Shah – Mengukuhkan asas kerajaan.
  3. Sultan Muhammad Shah – Memperkenalkan undang-undang bertulis.
  4. Sultan Muzaffar Shah – Berjaya menangkis ancaman Siam.
  5. Sultan Mansur Shah – Zaman kegemilangan Melaka, perluasan kuasa hingga ke Semenanjung & Sumatera.
  6. Sultan Alauddin Riayat Shah – Dikenali sebagai pemerintah adil & berwibawa.
  7. Sultan Mahmud Shah – Sultan terakhir sebelum kejatuhan Melaka kepada Portugis pada 1511.

Jadual Sultan Melaka

Jika anda datang bercuti di negeri Melaka dengan bajet murah, boleh booking La Thill Studio (2 katil Queen)
SultanTahun PemerintahanSumbangan Utama
Parameswara (Sultan Iskandar Shah)Β±1400–1414Pengasas Kesultanan Melaka, memilih lokasi strategik di muara Sungai Bertam
Sultan Megat Iskandar Shah1414–1424Meneruskan pengukuhan kerajaan dan hubungan diplomatik
Sultan Muhammad Shah1424–1444Memperkenalkan undang-undang bertulis, memperkukuh sistem pentadbiran
Sultan Muzaffar Shah1446–1459Menangkis serangan Siam, memperluas pengaruh Melaka
Sultan Mansur Shah1459–1477Zaman kegemilangan, perdagangan berkembang pesat, hubungan antarabangsa meluas
Sultan Alauddin Riayat Shah1477–1488Pemerintah adil, menekankan undang-undang Islam
Sultan Mahmud Shah1488–1511Sultan terakhir, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511

Latar Belakang Kesultanan Melayu Melaka

  • Diasaskan: Sekitar tahun 1400 Masihi.
  • Pengasas: Parameswara (Sultan Iskandar Shah).
  • Asas Kekuatan: Lokasi strategik di Selat Melaka sebagai laluan perdagangan utama dunia.
  • Agama: Islam mula bertapak di Melaka sekitar abad ke-15 dan menjadi asas pentadbiran serta budaya.
Sejarah perigi hang tuah yang pernah digali sendiri oleh Laksamana Hang Tuah

Pusat Perdagangan Kesultanan Melaka

Melaka muncul sebagai pelabuhan entrepot yang terkenal. Pedagang dari Arab, India, China, dan Nusantara berdagang di sini. Antara faktor kejayaan perdagangan:

  • Kedudukan strategik di Selat Melaka.
  • Sistem cukai yang adil.
  • Pelabuhan dengan kemudahan gudang & kemudahan logistik.
  • Bahasa Melayu sebagai lingua franca perdagangan.

Ciri-Ciri Perdagangan Kesultanan Melayu Melaka

Sejarah Kampung Tehel Melaka yang bermula dengan penempatan masyarakat Bugis
  • Perdagangan bebas untuk pedagang antarabangsa.
  • Sistem timbang tara dan undang-undang pelabuhan.
  • Peniaga dibahagi mengikut kawasan (contoh: pedagang dari India, China, Arab).
  • Amalan barter trade dan penggunaan mata wang timah.

Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran Melaka berhierarki dengan sultan sebagai pemerintah tertinggi.

  • Sultan – Ketua negara & agama.
  • Bendahara – Perdana menteri, penasihat utama.
  • Penghulu Bendahari – Mengurus kewangan & cukai.
  • Temenggung – Menjaga keamanan & undang-undang.
  • Laksamana – Mengawal angkatan laut & pelabuhan.

1. Kedudukan Sultan dalam Pentadbiran

Pulau yang terletak di selat melaka, antara pulau yang ada adalah...

Sultan memegang kuasa mutlak dalam:

  • Menguatkuasakan undang-undang Islam.
  • Melantik pembesar.
  • Menjadi simbol kedaulatan negara.

2. Zaman Kegemilangan & Kejatuhan

  • Zaman kegemilangan: Zaman Sultan Mansur Shah (1456–1477).
  • Kejatuhan: Pada tahun 1511, Melaka ditawan Portugis yang diketuai Alfonso de Albuquerque.

Kenapa Melaka Tiada Sultan Kini?

Selepas kejatuhan Melaka 1511, waris sultan telah pun berpindah ke beberapa negeri lain seperti Johor, Perak dan Pahang. Oleh itu sejak dari tahun 1511, tiada lagi sultan yang memerintah Melaka sehingga kini.

Melaka kini diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri sebagai ketua negeri.

Sejarah Warisan Kesultanan Melayu Melaka

  • Undang-undang: Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka.
  • Bahasa: Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan & diplomasi.
  • Budaya: Seni bina, pakaian (baju tradisi Kesultanan Melaka), dan adat istiadat.
  • Agama: Islam disebarkan ke seluruh rantau melalui Melaka.

Baju & Adat Istiadat Kesultanan Melayu Melaka

  • Pakaian rasmi sultan termasuk destar, tengkolok, dan keris sebagai lambang kebesaran.
  • Adat istiadat diraja menekankan nilai kesopanan, maruah dan kedaulatan.

Penutup

Adat Istiadat Kesultanan Melayu Melaka adalah simbol kehebatan tamadun Melayu. Sejarahnya bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya dan agama, malah menjadi asas kepada sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu selepasnya.

Jom terokai warisan Kesultanan Melayu Melaka ketika anda bercuti di negeri bersejarah ini, dan pilih La Thill Homestay Melaka sebagai penginapan eksklusif untuk keluarga anda!

Bandar Melaka

bandar melaka atau bandar hilir

Bandar Melaka – Bandar Hilir Diangkat Warisan Dunia UNESCO

Bandar ini lebih dikenali sebagai Bandar Hilir merupakan pusat sejarah, budaya dan pelancongan utama negeri Melaka.

Ia telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2008 bersama George Town, Pulau Pinang.

Keunikan seni bina, kepelbagaian budaya, serta warisan sejarah menjadikan Bandar Melaka destinasi wajib dikunjungi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Homestay Melaka paling murah, cukup privasi siap ada kolam renang private lagi

Sejarah Bandar Melaka

Bandar negeri Melaka ini bermula sebagai pusat perdagangan maritim sejak abad ke-15 di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

Lokasinya yang strategik di Selat Melaka menjadikan bandar ini terkenal sebagai pelabuhan antarabangsa.

Sejarahnya kaya dengan pengaruh Portugis, Belanda dan British yang masih boleh dilihat melalui bangunan bersejarah di sekitarnya.

Ada banyak pilihan hotel melaka ada swimming pool

Tarikan Utama di Bandar Melaka

  1. Stadthuys: Bangunan merah ikonik peninggalan Belanda yang kini berfungsi sebagai muzium.
  2. A Famosa: Kubu Portugis yang dibina pada tahun 1511, antara tinggalan Eropah tertua di Asia Tenggara.
  3. St. Paul’s Hill: Bukit bersejarah dengan runtuhan gereja St. Paul serta pemandangan bandar Melaka.
  4. Jonker Street: Terkenal dengan pasar malam, makanan tempatan, dan barangan antik.
  5. Muzium Samudera (Flor de la Mar): Muzium berbentuk kapal Portugis yang memaparkan sejarah maritim Melaka.
  6. Masjid Kampung Kling & Masjid Kampung Hulu: Antara masjid tertua di Malaysia dengan seni bina unik hasil pengaruh Melayu, Cina, dan India.
Khasiat air perigi hang tuah yang dikatakan digali sendiri oleh Laksamana Hang Tuah

Aktiviti Menarik di Bandar Hilir

  • Melaka River Cruise: Menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan mural dan bangunan bersejarah.
  • Naik Beca: Menaiki beca berhias dengan muzik menarik, sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
  • Street Food & CafΓ© Hopping: Dari cendol durian hingga coconut shake, pelbagai makanan tempatan boleh dicuba.
  • Shopping Souvenir: Pasar malam Jonker Street menawarkan kraftangan dan cenderahati unik.
Senarai tempat menarik di melaka waktu siang yang boleh anda pergi semasa bercuti di negeri bersejarah ini

Lokasi & Akses Bandaraya Bersejarah Melaka

Bandaraya bersejarah melaka terletak kira-kira 2.5 – 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau Singapura.

Ia mudah diakses dengan kereta, bas ekspres, atau teksi. Semua tarikan utama berada berdekatan dan boleh diterokai dengan berjalan kaki.

Penginapan Yang Sesuai Untuk Anda

Untuk keselesaan percutian anda, menginap di La Thill Homestay Melaka adalah pilihan terbaik:

  • Banglo 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool).
  • Lengkap dengan SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ.
  • Sesuai untuk keluarga besar & kumpulan.
  • Terletak hanya 20-25 minit ke Bandar Hilir.

πŸ‘‰ Tempah penginapan di https://thillmelaka.com

Tips Melawat Bandar Melaka

  • Elakkan waktu puncak (cuti sekolah & hujung minggu) kerana kesesakan lalu lintas.
  • Pakai kasut yang selesa kerana kebanyakan tempat sesuai diterokai dengan berjalan kaki.
  • Bawa kamera untuk merakam keindahan seni bina dan suasana bersejarah.

Penutup

Bandar ini adalah destinasi yang menawarkan gabungan sejarah, budaya, makanan, dan hiburan.

Sama ada anda datang untuk berjalan-jalan santai, merasai suasana pasar malam, atau menghayati sejarah Kesultanan Melayu, Bandar Hilir pasti meninggalkan kenangan indah.

Rancang lawatan anda ke Bandar Melaka dan nikmati penginapan eksklusif di La Thill Homestay Melaka untuk pengalaman percutian yang lebih selesa dan menyeronokkan!

Perigi Hang Tuah

perigi hang tuah

Jangan terlepas pergi melawat tempat bersejarah seperti perigi hang tuah melaka.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan bangunan bersejarah, tetapi juga kaya dengan kisah legenda.

Salah satu tarikan yang sering dikunjungi pelancong ialah Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong, Melaka.

Tempat ini sarat dengan nilai sejarah dan menjadi simbol kehebatan seorang pahlawan Melayu yang cukup masyhur di negeri Melaka suatu ketika dahulu.

Sejarah melaka yang disembunyikan boleh baca

Sejarah Perigi Hang Tuah

Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah, laksamana terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Beliau merupakan pahlawan yang terkenal dengan keberanian, kesetiaan, dan kemahiran dalam ilmu persilatan.

Perigi ini menjadi bukti peninggalan sejarah yang dikaitkan dengan kehidupan Hang Tuah.

Ini pula Tempat menarik di melaka waktu malam yang boleh anda pergi

Keunikan Perigi Hang Tuah

  • Air tidak pernah kering: Walaupun ketika musim kemarau, air perigi ini dikatakan tetap ada.
  • Kisah mistik: Ada yang percaya air perigi mempunyai khasiat tertentu dan mampu menyembuhkan penyakit.
  • Lokasi bersejarah: Terletak berhampiran dengan rumah tradisional Melayu dan kawasan yang dipelihara sebagai tapak warisan.
Sumber: Wikipedia

Tarikan Sekitar

Selain perigi, pelawat boleh melawat beberapa tarikan lain di kawasan ini:

  • Rumah Tradisional Hang Tuah – Rekaan rumah tradisional Melayu Melaka dengan seni bina yang unik.
  • Galeri Hang Tuah – Pameran sejarah dan artifak berkaitan legenda lima bersaudara Hang Tuah.
Tempat penginapan menarik di melaka untuk kanak kanak

Aktiviti Menarik

  • Bergambar di kawasan bersejarah untuk kenangan percutian.
  • Melihat seni bina rumah tradisional dan mempelajari sejarah Hang Tuah.
  • Meneroka kepercayaan masyarakat setempat mengenai khasiat air perigi.

Lokasi & Akses

Alamat: Kampung Duyong, 75460 Melaka.
Ia terletak sekitar 15 minit dari Bandar Hilir dan boleh diakses dengan kereta atau teksi. Lokasi ini mudah dikunjungi bersama keluarga kerana kemudahan parkir dan kawasan sekitar yang mesra pelancong.

Untuk weekend gateway, pelancong Singapore boleh masukkan dalam itinerary Melaka 3d2n

Penginapan Berdekatan

Jika anda mencari tempat menginap yang selesa, La Thill Homestay Melaka merupakan pilihan terbaik:

  • Banglo 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool).
  • Dilengkapi dengan SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ.
  • Sesuai untuk keluarga besar & kumpulan.
  • Terletak hanya 10–15 minit perjalanan dari lokasi perigi ini

πŸ‘‰ Tempah sekarang di La Thill Homestay with private pool Melaka

Penutup

Perigi ini bukan sekadar lokasi pelancongan, tetapi juga tapak bersejarah yang penuh dengan nilai budaya dan legenda.

Bagi pencinta sejarah, tempat ini adalah destinasi wajib untuk mengenali lebih dekat kisah pahlawan Melayu terunggul.

Jom lawati Perigi bersejarah ini dan rancang penginapan anda di La Thill Homestay Melaka untuk pengalaman percutian yang lebih bermakna!

Tempat Makan di Melaka

senarai tempat makan di melaka yang sedap & best

Banyak sebenarnya senarai tempat makan di melaka yang sedap dan best untuk kedai makan waktu tengahari dan waktu malam. Buat pertama kali kami share!!

Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah dan tarikan pelancongan, tetapi juga dengan kepelbagaian makanan yang sedap dan unik.

Jika anda datang bercuti ke sini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai pilihan makanan untuk makan tengahari dan makan malam.

Berikut adalah senarai tempat makan best di Melaka yang wajib anda cuba berdasar pengalaman kami sendiri. Kami pernah datang, kami pernah makan, bayar sendiri dan sedap.

Senarai Tempat Makan di Melaka Yang Sedap & Best

Kami tak percaya kedai makan viral di Melaka. Dahlah ramai, beratur orang, tetapi tak jaga kualiti makanan yang disediakan. Bagi kami sendiri paling penting kedai itu sendiri mesti konsisten rasanya dan harga yang ditawarkan masih berpatutan.

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking.Β 

Kedai Makan Sedap Sarapan Pagi di Melaka

Kami akan tulis satu artikel khas untuk anda yang nak cari kedai breakfast yang boleh anda cuba. Yang bagus ada juga yang sedap dekat dengan La Thill Homestay kami.

Senarai sarapan pagi di melaka yang kami syorkan kepada anda

Tempat Makan Sedap di Melaka Waktu Tengahari

1. Kedai makan Kak Su Asam Pedas

Boleh check juga artikel asam pedas sedap di melaka yang kami pernah try.

2. Din Corner

Jika anda masih belum ada penginapan lagi, boleh book Homestay Murah Di Melaka Bawah RM150 di La Thill Studio.

  1. Din Corner
  2. D’Lauk
  3. Lot 85
  4. Restoran Hijrah Sari Nasi Ayam Hailam

3. Restoran D’Lauk

Kedai makan di MITC Ayer Keroh ini yang menyajikan juadah lauk seperti gulai daging, salai, dan lain-lain. Harga yang dijual agak mahal tetapi rasa juadah boleh kami katakan sedap. Anda boleh cuba untuk makan di waktu tengahari.

4. Restoran Lot 85

5. Kedai Makan Hijrah Sari Nasi Ayam Melaka

Ini bagi antara kedai nasi ayam yang paling sedap di Melaka. Murah, cepat servisnya rasanya tetap konsisten setiap kali kami datang makan tengahari.

Yang bagusnya kuah sosnya tidak berkira. Terbaik!

Tempat Makan Best di Melaka Waktu Malam

  1. Char Kuey Teow Stesen Kandang
  2. Irfan Tomyam
  3. Medan Selera Dataran Mat Riau

Tips Pilih Tempat Makan di Melaka

  • Semak waktu operasi kerana ada restoran hanya buka waktu malam, ada juga ditutup pada waktu Ahad.

Penginapan Berdekatan Tempat Makan Best di Melaka

Jika anda mencari penginapan yang selesa selepas puas menjelajah makanan, La Thill Homestay Melaka adalah pilihan terbaik:

  • Banglo 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool).
  • Dilengkapi dengan dapur, SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ.
  • Sesuai untuk keluarga, kumpulan kecil dan serdahana
  • Lokasi strategik berdekatan dengan Zoo Melaka, MITC dan hanya 15–20 minit ke Bandar Hilir.

πŸ‘‰ Tempah sekarang di La Thill Homestay Melaka Private Pool

Penutup

Melaka sememangnya syurga makanan dengan pilihan dari seafood segar hingga hidangan tradisional. Sama ada untuk makan tengahari atau makan malam, pasti ada lokasi yang memenuhi citarasa anda.

Rancang percutian anda di Melaka dan nikmati pengalaman kulinari terbaik sambil menginap di La Thill Homestay Melaka untuk percutian yang lebih sempurna!

Melaka Itinerary 3D2N dari Singapore

melaka itinerary 3d2n singapore

Melaka Itinerary 3D2N Singapore untuk Percutian Weekend Getaway Terbaik bagi orang Singapura

Melaka merupakan destinasi popular untuk pelancong Singapura yang mencari weekend getaway 3D2N.

Negeri bersejarah ini adalah destinasi yang cukup popular kerana lokasinya yang dekat, perjalanan mudah, dan banyak tarikan menarik.

Perjalanan dari Singapore ke Melaka hanya 3 jam dengan kereta, menjadikannya pilihan ideal untuk family trip.

Mana tidaknya apabila sampai sahaja di negeri Melaka. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan.

Anda boleh menikmati hujung minggu yang sarat dengan tempat sejarah, makanan yang sedap dan enak, dan penginapan selesa bersama keluarga.

Berikut adalah antara cadangan terbaik itinerari 3 hari 2 malam (3h2m) ke Melaka dari Singapore.

10 Sebab Melaka Jadi Pilihan Terbaik Family Trip Singapore

Itinerary 3D2N di Melaka Dari Singapore Untuk Cuti Weekend

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking.

Hari 1: Perjalanan & Aktiviti Petang

  • Bertolak dari Singapura: Melalui Tambak Johor atau Tuas Second Link. Masa perjalanan sekitar 3 jam (bergantung trafik).
  • Check-in di La Thill Homestay Melaka: Homestay eksklusif dengan 3 bilik tidur, 3 bilik air, dan private pool – sesuai untuk keluarga kecil dan serdahana.
  • Petang: Aktiviti santai di homestay, layan private swimming pool atau buat BBQ ringan bersama keluarga.
  • Malam: Pergi jalan-jalan ke Jonker Street Night Market untuk shopping, street food, dan jalan-jalan di sekitar pantai Klebang Melaka yang meriah.

Hari 2: Lawatan Sejarah & Aktiviti Keluarga

  • Pagi: Bawa anak-anak ke Zoo Melaka dan Taman Buaya atau Bayou Lagoon Water Park Bukit Katil untuk aktiviti bersama keluarga.
  • Tengah hari: Makan tengah hari di tempat makan sedap di melaka pilihan ‘La Thill Homestay’
  • Petang: Melawat bangunan sejarah Stadthuys, A Famosa & St. Paul’s Hill – lokasi ikonik Melaka yang wajib dikunjungi di sekitarnya. Kemudian lewat petang naik menara taming sari untuk melihat pemandangan di sekitar bandar Melaka di waktu petang.
  • Malam: Layan aktiviti naik Melaka River Cruise dan lihat suasana bandar bersejarah dihiasi lampu neon di sekitar Sungai Melaka.
Ini harga tiket masuk zoo melaka yang terkini

Hari 3: Aktiviti Santai & Pulang ke Singapura

  • Pagi: Sarapan pagi kedai sarapan pagi di sekitar La Thill Homestay. Layan mandi mandi di swimming pool dan dan bersiap-siap untuk check-out di waktu tengahari.
  • Tengah hari: Nikmati makan tengahari. Singgah sebentar di Perkampungan Hang Tuah & Perigi Hang Tuah Jambatan Duyung.
  • Petang: Bertolak pulang ke Singapura.

Kenapa Pilih La Thill Homestay Melaka?

  • Banglo 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool) sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.
  • Lengkap dengan SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ.
  • Kapasiti 10–15 orang, sesuai untuk family trip dari Singapura.
  • Lokasi strategik di Tehel, tak jauh dari Zoo Melaka & MITC.

Melaka 3 days 2 nights package from singapore untuk tinggal di La Thill Homestay Private Pool, hanya RM1250 sahaja. Jika ramai, boleh ADD ON 1 unit studio yang bersebelahan.

Tips Travel dari Singapura ke Melaka

  • Pilih waktu bertolak awal pagi untuk elakkan kesesakan di tambak.
  • Sediakan Touch β€˜n Go Card untuk bayaran tol di Malaysia.
  • Bawa mata wang Ringgit Malaysia (RM) secukupnya untuk shopping & makan.
  • Tempah homestay lebih awal terutama cuti sekolah & hujung minggu kerana cepat penuh.

FAQ

1. Berapa jam perjalanan dari Singapura ke Melaka?

Perjalanan mengambil masa sekitar 3 menaiki kereta, bergantung kepada trafik di tambak Johor.

2. Adakah sesuai bawa anak kecil ke La Thill Homestay Melaka?

Ya, La Thill Homestay sesuai untuk keluarga dengan anak kecil kerana ada kolam renang peribadi, ruang luas, serta kemudahan dapur untuk memasak. Yang bagusnya kami sediakan life vest untuk kanak-kank kecil mandi.

3. Bolehkah saya buat BBQ atau party kecil di homestay?

Boleh, La Thill Homestay menyediakan kemudahan BBQ dan ruang santai untuk keluarga atau kumpulan kecil

4. Apakah tarikan paling dekat dengan La Thill Homestay?

Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan Bayou Lagoon Water Park hanya beberapa minit perjalanan dari homestay.

5. Adakah Melaka sesuai untuk trip hujung minggu sahaja?

Ya, Melaka sangat sesuai untuk trip singkat 2–3 hari kerana kebanyakan tarikan utama berdekatan antara satu sama lain. Tetapi jika anda bercuti di Melaka waktu weekday, lebih baik kerana kurang sesak dan kadar penginapan jauh lebih murah

Penutup

Melaka adalah destinasi hujung minggu yang ideal untuk pelancong Singapura. Dengan melaka itinerary 3d2n singapore, anda boleh menikmati gabungan aktiviti penuh dengan sejarah, budaya, makanan enak, dan keselesaan homestay private pool.

Rancang percutian hujung minggu anda dari Singapura ke Melaka sekarang dan jadikan La Thill Homestay Melaka sebagai pilihan utama penginapan keluarga anda!

Melaka Family Trip – Singapore to Malacca

melaka family trip singapore to malacca

Melaka Family Trip Singapore – 10 Sebab Malacca Jadi Pilihan Terbaik dikalangan pelancong Singapura.

Bagi rakyat Singapura, Melaka adalah destinasi hujung minggu (weekend gateway) yang paling mudah diakses dan sesuai untuk family trip singkat.

Dengan perjalanan hanya 3 jam dari Singapura, pelancong Singapura boleh meneliti sejarah, makanan, hiburan, dan penginapan mesra keluarga.

Berikut adalah 10 sebab kenapa Melaka jadi pilihan terbaik untuk weekend getaway dari Singapore melibatkan family trip.

Melaka itinerary 3d2n dari Singapore untuk penuhkan aktiviti weekend getaway anda

Weekend Gateway Untuk Melaka Family Trip From Singapore to Malacca

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking.Β 

1. Perjalanan Melaka Family Trip Singkat & Mudah

Dari Singapura, anda hanya memerlukan sekitar 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Tambak Johor atau Tuas Second Link. Tak jauh pun.

2. Sesuai untuk Weekend Getaway

Dengan banyak tarikan berdekatan, Melaka sesuai untuk percutian pendek 2–3 hari. Kebanyakan tempat menarik boleh dilawati tanpa perlu memandu jauh.

Satu hari dah boleh pusing banyak tempat. Semuanya berdekatan antara satu sama lain.

3. Tarikan Sejarah & Budaya

Bandar Hilir Melaka terkenal dengan bangunan bersejarah seperti kota bersejarah seperti A Famosa, Stadthuys, dan St. Paul’s Hill.

Bagi kami sendiri sesuai untuk untuk anda buat lawatan sambil beriadah bersama keluarga. Semua tempat bersejarah ini sangat dekat antara satu sama lain.

4. Destinasi Utama Pelancongan Perubatan

Bukan itu sahaja Negeri melaka sekarang ini juga menjadi pilihan utama sebagai destinasi utama pelancongan perubatan. Banyak hospital swasta seperti Pantai Hospital, Oriental, Mahkota Medical Melaka, Putra Hospital.

Dan terbaru ada lagi hospital swasta yang bakal dibuka kelak.

Sehinggakan Melaka sekarang ini menjadi pilihan utama pelancong Singapura yang mahu mendapatkan rawatan yang berkualtii tinggi pada harga yang lebih berpatutan.

waktu melawat hospital pantai ayer keroh

5. Aktiviti Malam yang Meriah

Melaka jika dengan family trip hidup pada waktu malam! Dari Bandar Hilir, Jonker Street Night Market, Melaka River Cruise, pantai Klebang sehingga ke Ayer Keroh, terdapat pelbagai aktiviti malam untuk seisi keluarga.

6. Makanan Unik & Halal Friendly

Melaka adalah syurga makanan. Dari asam pedas Melaka hingga ikan bakar Umbai, pilihan makanan di sini mesra keluarga dan harga masih berpatutan untuk makan beramai-ramai

7. Aktiviti Kanak-Kanak

Anak-anak pasti seronok pergi tempat menarik seperti Zoo Melaka, Bayou Lagoon Water Park, dan Melaka Wonderland. Semua lokasi ini mudah diakses dari kawasan penginapan keluarga.

8. Shopping Murah & Pelbagai

Bagi keluarga yang suka membeli-belah, anda boleh singgah ke AEON Bandaraya Melaka, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, dan Freeport A’Famosa Outlet untuk barangan berjenama dengan harga berpatutan.

9. Pilihan Homestay Mesra Keluarga

Berbeza dengan hotel, homestay memberi privasi & keselesaan. Pilihan terbaik ialah La Thill Homestay Melaka:

  • 3 bilik tidur & 3 bilik air
  • Private pool untuk kanak-kanak & dewasa sesuai untuk Melaka Family Trip jika anda datang dari Singapore
  • SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ
  • Sesuai untuk 10–16 tetamu
    πŸ‘‰ Tempah di la thill homestay melaka

10. Lokasi Strategik & Mesra Jalan Raya

Melaka mudah diakses dengan kereta, bas, atau teksi dari Singapura. Tambahan pula, bandar ini tidak terlalu besar, menjadikan perjalanan dari satu tarikan ke tarikan lain lebih mudah. Jangan lupa, sekarang sudah ada flight terus dari Singapore ke Melaka.

11. Value for Money

Kos percutian di Melaka lebih berbaloi berbanding destinasi lain. Penginapan, makanan dan aktiviti sesuai untuk semua bajet keluarga.

Penutup

Melaka adalah destinasi hujung minggu ideal untuk keluarga dari Singapura. Dengan perjalanan singkat, tarikan menarik, makanan enak, dan homestay eksklusif, percutian keluarga anda pasti lebih bermakna.

Rancang family trip anda dari Singapore ke Melaka sekarang, dan nikmati pengalaman eksklusif di La Thill Homestay Melaka!

Tempat Birthday Party Melaka

tempat birthday party melaka

Senarai tempat best celebrate Birthday Party di Melaka untuk Sambut Hari Jadi di homestay.

Melaka bukan sahaja destinasi pelancongan bersejarah, tetapi juga lokasi ideal untuk anda yang mahu mengadakan sambutan hari jadi.

Sama ada untuk kanak-kanak, remaja, atau orang dewasa, terdapat banyak pilihan tempat birthday party di Melaka yang menarik, unik, dan mesra bajet.

Berikut adalah senarai tempat sambut hari jadi di Melaka yang best dan terbaik yang boleh anda pertimbangkan.

Tempat Best Birthday Party di Melaka

Senarai kedai ikan bakar melaka yang paling sedap

1. La Thill Homestay – Tempat Terbaik Sambut Hari Jadi di Melaka

Jika anda mahukan sambutan hari jadi yang lebih privasi, La Thill Homestay Melaka adalah pilihan paling sesuai:

  • Banglo 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool) sesuai untuk pool party.
  • Lengkap dengan SMART TV, Netflix, karaoke & dapur untuk majlis makan.
  • Ruang santai & halaman luas sesuai untuk dekorasi hari jadi.
  • Kapasiti 10–15 tetamu, sesuai untuk family gathering & birthday party kecil.

Anda boleh lihat salah seorang tetamu kami yang telah berjaya celebrate birthday party di La Thill Homestay Melaka seperti video Tiktok di bawah ini:

@thillhomestaymelaka

Tempat Sambut Birthday Party Terbaik di La Thill Homestay Melaka! (Private Pool)🎈 Ramai yang dah puas hati apabila tetamu kami setup event birthday party di La Thill Homestay untuk sambut hari jadi anak kecil atau ayah ibu masing2. Best, Cantik & Meriah! 🏠 Ruang indoor \/outdoor untuk deco πŸŠβ€β™‚οΈ Private pool (budak2 mesti happy punya!) πŸ…ΏοΈ Event space yang ada Parking luas πŸ”’ Privasi terjaga Yang nak buat suprise birthday di homestay kami, boleh book sebelum tarikh penuhπŸŽ‚ πŸ‘‰ Ws kami, 010-8879050 πŸ“±Β 

♬ original sound – La Thill Homestay Melaka

BOOK SINI πŸ‘‰ Jika anda nak book Villa Melaka Private Pool yang lebih luas dan kolam yang lebih besar, boleh pilih La Thill Grande

2. Bayou Lagoon Water Park Resort

  • Pilihan popular untuk sambutan hari jadi kanak-kanak.
  • Taman tema air yang menyeronokkan dengan pelbagai pilihan permainanan gelongsor & aktiviti air.
  • Boleh pilih pakej party termasuk bilik & akses taman tema.

3. MITC Ayer Keroh – Dewan & Event Hall

  • Sesuai untuk sambutan hari jadi berskala besar.
  • Boleh disewa sebagai dewan dengan katering & dekorasi.
  • Lokasi strategik berhampiran Zoo Melaka & Taman Botanikal.

4. Restoran & Kafe Instagrammable di Bandar Hilir

  • Banyak restoran moden di Jonker Street & Bandar Hilir menawarkan ruang sambutan hari jadi.
  • Dekorasi menarik, sesuai untuk bergambar & suasana santai.
  • Contoh: Hard Rock Cafe Melaka

5. Taman Botanikal Melaka

  • Lokasi outdoor sesuai untuk sambutan santai & picnic birthday party.
  • Kawasan luas dengan suasana hijau, sesuai untuk aktiviti keluarga & kanak-kanak.
  • Boleh gabungkan aktiviti birthday dengan permainan outdoor.

6. Pantai Klebang

  • Pilihan unik untuk sambutan hari jadi tepi pantai.
  • Suasana santai dengan pemandangan matahari terbenam.
  • Boleh tambah aktiviti BBQ atau food truck untuk meriahkan majlis.
Banyak pilihan pantai cantik di melaka yang boleh anda buat birthday

Tips Sambut Birthday Party di Melaka

  • Tentukan bajet & jumlah tetamu terlebih dahulu.
  • Pilih lokasi sesuai sama ada indoor (dewan, La Thill Homestay, restoran) atau outdoor (pantai, taman).
  • Buat tempahan awal terutama pada cuti sekolah & hujung minggu.
  • Sediakan aktiviti tambahan seperti karaoke, sukaneka atau photobooth untuk memeriahkan suasana.
  • Boleh semak terebih dahulu idea deko sambutan hari jadi

Penutup

Melaka menawarkan pelbagai pilihan lokasi untuk sambutan hari jadi yang meriah, sama ada secara privasi di homestay, mewah di resort, atau santai di pantai dan taman.

Rancang sambutan birthday party anda di Melaka sekarang dan jadikan La Thill Homestay Melaka pilihan utama untuk sambutan yang eksklusif dan penuh kenangan!

Pantai Di Melaka

senarai pantai melaka menarik

Senarai pantai di Melaka yang anda boleh buat banyak aktiviti menarik tepai laut melaka.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarah dan budaya, tetapi juga mempunyai beberapa pantai yang sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga dan rakan.

Walaupun tidak sepopular pantai di negeri lain, pantai-pantai di Melaka tetap menawarkan suasana yang unik dan menarik untuk percutian.

Berikut adalah senarai pantai di Melaka yang boleh anda lawati.

Perigi Hang Tuah adalah antara perigi yang pernah digalinya sendiri

Senarai Pantai di Melaka Yang Menarik

@thillhomestaymelaka Homestay Melaka Private Pool – Dari RM550/malam & Fully Aircond! 🏘️ 3 Bilik Tidur + 3 Bilik Air (Setiap bilik ada bilik air sendiri) 🎀 Karaoke Set + πŸ”₯ BBQ Pit 🍳 Dapur lengkap & sedia guna ❄️ Fully Aircond untuk keselesaan maksimum πŸ“ Lokasi Penginapan Strategik – dekat tempat menarik: πŸ’¦ Bayou Lagoon – 5 minit 🐯 Zoo Melaka – 10 minit | 🐊 Taman Buaya – 10 minit πŸ›οΈ MITC Ayer Keroh – 14 minit πŸŽ“ UTeM – 18 minit πŸŒ† Bandar Hilir – 25 minit πŸ–οΈ Pantai Klebang – 30 minit πŸ”₯ Sesuai untuk percutian keluarga, reunion & staycation untuk anak-anak jalan-jalan Melaka pada hujung minggu. ⚠️ Weekend, cuti sekolah & public holiday cepat penuh! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Lihat testimoni & tempah tarikh anda sekarang sementara masih KOSONG sebelum SOLD OUT! πŸ“…βŒ β³πŸ”’Slot terhad β€” lock tarikh sekarang! πŸ“² WhatsApp 010-8879050 untuk booking.

1. Pantai Klebang

Jika anda nak penginapan murah, boleh tempah Homestay Bajet Melaka di La Thill Studio (2 Katil Queen)

Pantai Klebang merupakan pantai paling popular dan viral di Melaka. Tarikannya bukan sahaja pada laut, tetapi juga kawasan padang pasir buatan yang sering menjadi lokasi bergambar pengunjung.

Setiap hujung minggu, kawasan ini dipenuhi dengan food truck, kafe, dan penjual coconut shake yang terkenal.

Pantai ini sesuai untuk aktiviti santai pada waktu petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan suasana santai tepi pantai.

Pulau Menarik di Melaka

2. Pantai Puteri (Tanjung Kling)

Pantai Puteri terletak di Tanjung Kling dan menjadi salah satu pantai utama di Melaka untuk aktiviti mandi-manda dan berkelah.

Kawasannya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti chalet, resort dan restoran makanan laut yang berdekatan.

Pantai ini sering menjadi pilihan keluarga untuk percutian hujung minggu kerana suasananya yang meriah tetapi masih selesa untuk bersantai bersama anak-anak.

3. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak terkenal sebagai pantai nelayan dan destinasi makanan laut segar.

Di sekitarnya terdapat banyak homestay, chalet bajet dan restoran makanan laut, menjadikannya pilihan popular untuk keluarga besar atau kumpulan yang ingin bercuti dengan bajet sederhana.

Pantai ini sesuai untuk aktiviti BBQ, family day, dan percutian santai sambil menikmati suasana kampung nelayan tradisional.

4. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara lebih tenang berbanding Pantai Klebang dan Puteri.

Ia sering menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan suasana damai tanpa terlalu ramai pengunjung. Di kawasan sekitar, terdapat beberapa chalet dan resort tepi pantai yang menawarkan pemandangan laut yang indah.

Pantai ini sesuai untuk pasangan yang ingin bercuti secara privasi atau keluarga yang mahukan pengalaman santai dan mendamaikan.

5. Pantai Padang Kemunting

Pantai Padang Kemunting dikenali dengan kewujudan Pusat Konservasi Penyu yang menjadi tarikan utama.

Pelawat berpeluang melihat penyu serta mengetahui lebih lanjut tentang usaha pemuliharaan spesies ini. Selain lawatan pendidikan, pantai ini juga menjadi lokasi santai untuk berkelah atau berjalan di tepi pantai.

Ia sesuai untuk aktiviti keluarga, khususnya yang ingin menggabungkan rekreasi dengan pembelajaran.

6. Pantai Siring (Umbai)

Pantai Siring terletak berhampiran dengan pusat ikan bakar terkenal di Umbai. Pantai ini lebih dikenali sebagai lokasi santai untuk makan malam tepi laut sambil menikmati pemandangan indah.

Walaupun tidak sesuai untuk mandi-manda, Pantai Siring tetap popular untuk mereka yang ingin menikmati suasana laut sambil menikmati hidangan makanan laut segar.

Ia menjadi pilihan ideal untuk pasangan dan keluarga yang ingin menggabungkan aktiviti makan-makan dengan pemandangan pantai.

7. Pantai Pulau Undan

Pantai Pulau Undan terletak di sebuah pulau kecil berhampiran perairan Melaka.

Ia terkenal dengan mercu tanda rumah api yang sering menjadi lokasi fotografi.

Air lautnya yang jernih menjadikan kawasan ini sesuai untuk aktiviti snorkeling, memancing, dan berkhemah.

Suasananya yang tenang dan semula jadi menjadikan Pulau Undan pilihan menarik bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan bandar.

8. Pantai Pulau Nangka

Pantai Pulau Nangka merupakan destinasi yang penuh dengan misteri dan kisah lagenda harta karun.

Selain sejarahnya, pantai di pulau ini menawarkan pemandangan indah dengan suasana semula jadi yang masih terjaga.

Ia sesuai untuk aktiviti riadah ringan seperti bergambar, menjelajah pulau, atau sekadar menikmati ketenangan suasana laut. Pulau Nangka juga sering dikunjungi oleh mereka yang meminati sejarah dan kisah mistik Melaka.

9. Pantai Pulau Dodol

Pantai Pulau Dodol merupakan salah satu destinasi pantai yang kurang diketahui tetapi sangat menarik untuk diterokai.

Terletak di kawasan pulau kecil, pantai ini menawarkan suasana yang tenang dengan pemandangan semula jadi yang indah.

Aktiviti utama di sini termasuk memancing, berkhemah, dan menikmati panorama laut tanpa gangguan.

Pantai ini sesuai untuk mereka yang suka lokasi tersembunyi dan ingin menikmati percutian santai.

SUMBER: https://marinepark.dof.gov.my

Aktiviti Menarik di Pantai Melaka

Pantai-pantai di Melaka menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat pengunjung.

Antaranya termasuk berkelah bersama keluarga, mengadakan BBQ di tepi pantai, serta makan malam santai dengan pemandangan laut.

Bagi mereka yang sukakan sukan pantai, terdapat pantai yang sesuai untuk bermain bola tampar atau aktiviti santai lain.

Selain itu, lokasi seperti Pantai Klebang menjadi pilihan popular untuk bergambar di padang pasir viral, manakala Pantai Padang Kemunting memberi peluang untuk anda buat lawatan pendidikan ke pusat konservasi penyu.

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, pantai di pulau seperti Pulau Undan, Pulau Nangka, dan Pulau Dodol pula menawarkan pengalaman snorkeling, berkhemah, dan memancing.

Jadual Ringkasan Pantai di Melaka

PantaiLokasi / Tarikan UtamaAktiviti Popular
Pantai KlebangPadang pasir, food truckBergambar, santai, coconut shake
Pantai PuteriTanjung KlingMandi-manda, berkelah, makanan laut
Pantai Pengkalan BalakKawasan nelayanBBQ, family day, makanan laut segar
Pantai Tanjung BidaraKawasan lebih tenangSantai, privasi, pemandangan laut
Pantai Padang KemuntingPusat Konservasi PenyuLawatan pendidikan, berkelah
Pantai Siring (Umbai)Berhampiran pusat ikan bakarMakan malam tepi laut, santai
Pantai Pulau UndanPulau kecil, rumah apiSnorkeling, memancing, berkhemah
Pantai Pulau NangkaPulau lagenda harta karunBergambar, riadah, jelajah pulau
Pantai Pulau DodolPulau kecil tersembunyiMemancing, berkhemah, santai

Homestay Berdekatan Tepi Pantai di Melaka

Jika anda mencari homestay yang privasi, best, cantik dan menarik, La Thill Homestay Melaka adalah pilihan terbaik:

  • Rumah Banglo yang ada 3 bilik tidur & 3 bilik air.
  • Kolam renang peribadi (private pool).
  • Dilengkapi dengan dapur, SMART TV, Netflix, karaoke & BBQ.
  • Sesuai untuk gathering kawan-kawan dan ahli keluarga anda
  • Lokasi strategik berhampiran Zoo Melaka, MITC dan hanya antara 15 – 30 minit ke pantai utama Melaka.

πŸ‘‰ Tempah sekarang di homestay pool melaka di La Thill

FAQ

1. Pantai mana sesuai untuk family day di Melaka?

Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Puteri adalah pilihan terbaik kerana bagi kami ia kawasan sesuai untuk aktiviti keluarga.

2. Pantai mana yang ada kemudahan konservasi penyu di Melaka?

Pantai Padang Kemunting terkenal dengan Pusat Konservasi Penyu yang menawarkan peluang untuk melihat dan belajar tentang pemuliharaan penyu.

3. Pantai mana yang paling viral di Melaka?

Pantai Klebang tidak dinafikan adalah pantai paling terkenal di Melaka kerana padang pasir, banyak permainan best di sekitarnya, gerai-gerai dan tidak lupa juga coconut shake yang popular.

4. Pantai sesuai untuk aktiviti snorkeling dan camping di Melaka?

Pantai Pulau Undan, Pantai Pulau Nangka, dan Pantai Pulau Dodol sesuai untuk snorkeling, berkhemah, dan aktiviti memancing.

5. Pantai mana yang sesuai untuk makan malam tepi laut?

Pantai Siring (Umbai) adalah pilihan utama kerana lokasinya berhampiran pusat ikan bakar yang terkenal.

Penutup

Walaupun Melaka lebih terkenal dengan sejarah dan budaya yang cukup lama, tapi pantai di negeri Melaka tetap menawarkan pengalaman yang menarik untuk pelancong.

Sama ada untuk santai, makan malam tepi laut atau aktiviti keluarga, pantai-pantai di Melaka adalah destinasi yang sesuai untuk percutian singkat.

Rancang lawatan anda ke deretan senarai pantai di Melaka dan pilih penginapan eksklusif di La Thill Homestay Melaka untuk percutian yang lebih privasi dan best!

error: