Terma & Syarat

Terma & Syarat – La Thill Homestay Melaka

Selamat datang ke La Thill Homestay Melaka. Dengan anda telah buat bayaran booking untuk menginap di homestay kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat berikut. Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan.

1. Tempahan & Pembayaran

1.1 Semua tempahan perlu dibuat melalui laman web rasmi kami atau platform tempahan yang diiktiraf. 1.2 Bayaran booking yang ditetapkan diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda. 1.3 Sebarang pembayaran yang dibuat tidak boleh dikembalikan (non-refundable) melainkan dinyatakan sebaliknya dalam polisi pembatalan. 1.4 Sekuriti deposit akan dipulangkan jika unit dipulangkan dalam keadaan baik dan perkakas serta kelengkapan tanpa ada masalah kerosakan.1.5 Baki bayaran penuh hendaklah diselesaikan pada hari daftar masuk sebelum diberikan akses untuk menginap.

2. Polisi Pembatalan

2.1 Pembatalan tempahan atau penukaran tarikh dalam tempoh lebih dari 30 hari sebelum tarikh daftar masuk, tidak layak untuk sebarang pemulangan wang. 2.2 Jika pembatalan dibuat sebelum tempoh 30 hari dari tarikh daftar masuk, kami akan kenakan caj penalti RM100, baki dari duit bayaran booking akan dikembalikan. 2.3 Untuk perubahan tarikh tempahan hanya dibenarkan 21 hari sebelum tarikh check in, sila hubungi pihak pengurusan secepat mungkin. Permohonan tertakluk kepada ketersediaan homestay. Kami hanya benarkan 1 kali perubahan tarikh sahaja dan ianya hanya sah untuk tempoh 1 tahun dari tarikh daftar masuk yang asal. Tarikh baru mestilah setara dengan nilai & jumlah yang dibayar dalam resit pembayaran pada tarikh yang lama.

3. Daftar Masuk & Daftar Keluar

3.1 Waktu daftar masuk adalah bermula jam 3:00 petang, dan daftar keluar sebelum jam 12:00 tengah hari. 3.2 Daftar masuk awal atau daftar keluar lewat boleh dipertimbangkan atas permintaan, tertakluk kepada ketersediaan dan caj tambahan. 3.3 Kad pengenalan atau passport mungkin perlu dikemukakan semasa daftar masuk untuk tujuan pengesahan identiti.

4. Penggunaan Homestay

4.1 Penginapan hanya untuk tetamu yang berdaftar, dan bilangan tetamu tidak boleh melebihi kapasiti yang telah dibenarkan. 4.2 Dilarang keras merokok di dalam rumah. Ruang khas disediakan untuk perokok di luar kawasan rumah. 4.3 Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk atau haiwan yang berkeliaran tidak dibiarkan masuk di dalam premis homestay. 4.4 Tetamu bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan homestay sepanjang penginapan. 4.5 Sebarang kerosakan, kehilangan peralatan yang disengajakan, kekotoran melampau serta ketidakpatuhan terma & syarat akan dikenakan bayaran ganti rugi dari jumlah sekuriti deposit. 4.6 Tidak boleh sama sekali menggunakan ruang homestay selain dari jumlah yang dibenarkan untuk tujuan majlis, kenduri, birthday dan berkaitan tanpa persetujuan dan kebenaran dari pemilik Homestay.

5. Keselamatan & Liabiliti

5.1 Pihak homestay tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang peribadi sepanjang tempoh penginapan. 5.2 CCTV dipasang di kawasan luar untuk tujuan keselamatan, namun tetamu dinasihatkan untuk menjaga barang berharga mereka sendiri. 5.3 Kolam renang boleh digunakan pada bila-bila masa, tetapi tetamu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri dan kanak-kanak semasa berada di kawasan kolam. 5.4 Pihak homestay tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kemalangan, atau kejadian yang berlaku akibat kecuaian tetamu.

6. Gangguan & Peraturan Kejiranan

6.1 Tetamu diminta untuk menjaga ketenteraman dan tidak membuat bising selepas jam 10:00 malam bagi menghormati jiran sekitar. 6.2 Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk penggunaan dadah atau pesta liar, adalah dilarang sama sekali dan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan tanpa pemulangan wang.

7. Pematuhan & Penafian

7.1 Pihak homestay berhak untuk mengubah atau mengemas kini terma & syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. 7.2 Dengan menempah La Thill Homestay Melaka, tetamu telah bersetuju untuk mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma dan syarat ini, sila hubungi kami di melalui WhatsApp di nombir [010-8879050].

Terima kasih kerana memilih La Thill Homestay Melaka untuk percutian anda. Kami berharap anda menikmati pengalaman menginap yang selesa dan menyeronokkan!

error: