Selamat datang ke La Thill Grande Villa Melaka Private Pool. Terima kasih kerana memilih penginapan kami untuk percutian, majlis keluarga, hari istimewa atau acara santai anda bersama keluarga dan kenalan tersayang sepanjang bercuti di Melaka.
Dengan membuat bayaran booking atau mengesahkan tempahan, tetamu dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan La Thill Grande. Sila baca dengan teliti bagi memastikan penginapan berjalan lancar, selesa dan selamat untuk semua pihak.
1.1 Semua tempahan hanya akan dianggap sah selepas bayaran booking atau deposit tempahan diterima oleh pihak pengurusan.
1.2 Bayaran booking diperlukan sebagai pengesahan tarikh penginapan. Tarikh tidak akan disimpan tanpa bayaran pengesahan.
1.3 Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh check-in. Bayaran perlu dibuat mengikut jumlah dan kaedah pembayaran yang dinyatakan dalam invoice atau arahan pembayaran rasmi daripada pihak pengurusan.
1.4 Sekiranya pihak pengurusan tidak menerima baki bayaran penuh dalam tempoh yang telah ditetapkan, tempahan boleh dibatalkan tanpa sebarang notis lanjut. Bayaran booking atau deposit tempahan yang telah dibuat adalah tertakluk kepada polisi pembatalan pihak pengurusan La Thill Grande.
1.5 Sekuriti deposit akan dikenakan bagi setiap tempahan. Deposit ini akan dipulangkan selepas daftar keluar sekiranya La Thill Grande berada dalam keadaan baik, bersih, tiada kerosakan, tiada kehilangan barang dan semua peraturan dipatuhi.
1.6 Pihak pengurusan berhak menolak, membatalkan atau tidak meneruskan tempahan sekiranya maklumat tetamu tidak lengkap atau bayaran tidak dibuat dalam tempoh ditetapkan atau terdapat pelanggaran syarat yang serius.
2. Polisi Pembatalan & Penukaran Tarikh
2.1 Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan La Thill Grande secepat mungkin.
2.2 Sekiranya tetamu membatalkan tempahan dalam tempoh kurang daripada 30 hari sebelum tarikh check-in, bayaran booking yang telah dibuat adalah tidak akan dipulangkan.
2.3 Sekiranya tetamu membatalkan tempahan lebih daripada 30 hari sebelum tarikh check-in, caj pembatalan sebanyak RM200 akan dikenakan dan baki bayaran booking akan dipulangkan kepada tetamu.
2.4 Permohonan untuk menukar tarikh penginapan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh check-in.
2.5 Penukaran tarikh hanya dibenarkan sekali sahaja dan sah untuk tempoh 1 tahun. Tarikh baru tertakluk kepada kekosongan dan perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan La Thill Grande terlebih dahulu.
2.6 Tarikh baharu yang dipilih adalah tertakluk kepada kadar penginapan semasa La Thill Grande yang terkini. Sekiranya terdapat perbezaan harga disebabkan hujung minggu, cuti umum, cuti sekolah, musim puncak atau perubahan kadar penginapan, tetamu perlu menjelaskan perbezaan bayaran tersebut.
2.7 Penukaran tarikh tidak dianggap sah selagi belum mendapat pengesahan rasmi daripada pihak pengurusan.
2.8 Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap pembatalan atau penukaran tarikh yang disebabkan oleh perubahan perancangan peribadi, masalah pengangkutan, cuaca, kelewatan tetamu atau sebab lain di luar kawalan pihak La Thill.
3. Daftar Masuk & Daftar Keluar
3.1 Waktu daftar masuk adalah mengikut masa yang dinyatakan dalam invois atau mesej pengesahan tempahan.
3.2 Waktu daftar keluar perlu dipatuhi bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan membuat pembersihan, pemeriksaan dan persediaan untuk tetamu seterusnya.
3.3 Daftar masuk awal atau daftar keluar lewat hanya boleh dilakukan dengan kebenaran pihak pengurusan dan tertakluk kepada kekosongan serta caj tambahan jika berkaitan.
3.4 Tetamu bertanggungjawab memastikan semua barang peribadi dibawa keluar sebelum meninggalkan premis. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap barang yang tertinggal, rosak atau hilang selepas daftar keluar.
Bahagian 4: Bilangan Tetamu & Tetamu Luar
4.1 Jumlah tetamu yang dibenarkan adalah berdasarkan bilangan yang telah didaftarkan dan dinyatakan dalam invois tempahan.
4.2 Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk tetamu tambahan melebihi jumlah yang telah didaftarkan tanpa kebenaran pihak pengurusan.
4.3 Tetamu luar, pelawat harian, ahli keluarga tambahan, rakan atau mana-mana individu yang tidak didaftarkan dalam invoice tidak dibenarkan masuk ke kawasan La Thill Grande tanpa kebenaran terlebih dahulu.
4.4 Sekiranya tetamu ingin membawa pelawat luar untuk tujuan tertentu seperti majlis kecil, lawatan keluarga, birthday, kenduri, photoshoot atau aktiviti lain, kebenaran perlu diperoleh lebih awal daripada pihak pengurusan.
4.5 Pihak pengurusan berhak mengenakan caj tambahan, memotong sekuriti deposit atau membatalkan penginapan tanpa pemulangan bayaran sekiranya didapati jumlah tetamu melebihi had yang dibenarkan.
4.6 Sekiranya pihak pengurusan mendapati terdapat tetamu luar, pelawat atau individu tambahan yang masuk ke kawasan La Thill Grande melebihi jumlah tetamu yang telah didaftarkan dalam invoice, tanpa kebenaran terlebih dahulu, pihak pengurusan berhak mengenakan caj penalti. Caj ini boleh ditolak daripada sekuriti deposit atau dituntut secara berasingan sekiranya jumlah penalti melebihi deposit yang dibayar.
5. Penggunaan Homestay & Kemudahan
5.1 Tetamu bertanggungjawab menjaga semua ruang dalam dan luar La Thill Grande dengan baik sepanjang tempoh penginapan.
5.2 Semua kemudahan yang disediakan hendaklah digunakan secara berhemah, selamat dan mengikut tujuan asal.
5.3 Tetamu tidak dibenarkan mengalihkan, menyusun semula atau memindahkan peralatan yang telah ditetapkan di dalam atau di luar homestay tanpa kebenaran pihak pengurusan.
5.4 Perabot, meja, kerusi, peralatan dapur, barangan hiasan, peralatan elektrik, kelengkapan bilik, barang di kawasan pool, kawasan outdoor dan mana-mana aset homestay tidak boleh dipindahkan ke tempat lain sesuka hati.
5.5 Sebarang kerosakan, kehilangan, kekotoran melampau atau perubahan susunan yang menyebabkan kerja tambahan kepada pihak pengurusan boleh dikenakan caj daripada sekuriti deposit.
5.6 Tetamu tidak dibenarkan menggunakan ruang homestay untuk tujuan majlis, parti, kenduri, event, birthday, reunion, photoshoot komersial atau aktiviti berkumpulan yang tidak dimaklumkan semasa tempahan.
6. Larangan Merokok
6.1 Merokok adalah tidak dibenarkan di dalam bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan semua kawasan dalaman La Thill Grande.
6.2 Tetamu juga tidak dibenarkan merokok di atas kawasan rumput karpet, rumput tiruan atau mana-mana kawasan yang boleh menyebabkan kesan terbakar, bau rokok, puntung rokok atau kerosakan permukaan.
6.3 Puntung rokok tidak boleh dibuang merata-rata di kawasan homestay, longkang, halaman, kawasan pool atau kawasan landskap.
6.4 Sekiranya terdapat kesan terbakar, bau rokok yang kuat, puntung rokok bertaburan atau kerosakan pada rumput karpet akibat merokok, caj pembersihan atau ganti rugi akan dikenakan.
7. Kebersihan & Tanggungjawab Tetamu
7.1 Tetamu diminta menjaga kebersihan sepanjang tempoh penginapan.
7.2 Sisa makanan, sampah, botol minuman, plastik, puntung rokok dan barang pakai buang hendaklah dibuang di tempat yang disediakan.
7.3 Tetamu tidak dibenarkan meninggalkan kawasan dapur, ruang makan, halaman, bilik atau kawasan pool dalam keadaan terlalu kotor.
7.4 Makanan yang tumpah, minyak, kuah, arang BBQ, kesan tapak kaki kotor atau kotoran melampau perlu dibersihkan segera bagi mengelakkan kerosakan dan gangguan kepada tetamu seterusnya.
7.5 Caj pembersihan tambahan boleh dikenakan sekiranya homestay ditinggalkan dalam keadaan terlalu kotor atau memerlukan kerja pembersihan luar biasa.
8. Kolam Renang & Keselamatan Kanak-Kanak
8.1 Penggunaan kolam renang adalah atas tanggungjawab tetamu sendiri.
8.2 Kanak-kanak perlu diawasi oleh ibu bapa atau penjaga pada setiap masa semasa berada di kawasan kolam.
8.3 Aktiviti berbahaya seperti berlari di tepi kolam, menolak orang lain ke dalam kolam, menyelam secara tidak selamat, bermain kasar atau menggunakan peralatan tajam di kawasan kolam adalah tidak dibenarkan.
8.4 Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan atau kehilangan yang berlaku akibat kecuaian tetamu sendiri.
9. Kerosakan, Kehilangan & Sekuriti Deposit
9.1 Tetamu bertanggungjawab ke atas semua kerosakan atau kehilangan yang berlaku sepanjang tempoh penginapan.
9.2 Antara perkara yang boleh menyebabkan potongan sekuriti deposit termasuk kerosakan perabot, peralatan elektrik, peralatan dapur, tilam, cadar, tuala, langsir, hiasan, pintu, dinding, lantai, rumput karpet, kawasan pool atau mana-mana kemudahan homestay.
9.3 Sekiranya kos kerosakan melebihi jumlah sekuriti deposit, tetamu perlu menjelaskan baki kos ganti rugi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
9.4 Tetamu diminta memaklumkan segera kepada pihak pengurusan sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kemalangan atau masalah teknikal semasa penginapan.
10. Gangguan Bunyi & Kejiranan
10.1 Tetamu diminta menjaga adab, ketenteraman dan menghormati kawasan sekitar.
10.2 Bunyi bising yang keterlaluan, muzik terlalu kuat, jeritan, aktiviti mengganggu jiran atau penggunaan pembesar suara secara berlebihan adalah tidak dibenarkan.
10.3 Selepas waktu malam, tetamu perlu mengurangkan bunyi bagi menjaga ketenteraman kawasan sekitar.
10.4 Pihak pengurusan berhak memberi teguran, menghentikan aktiviti atau mengambil tindakan lanjut sekiranya terdapat aduan gangguan daripada jiran atau pihak berkuasa.
11. Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan
11.1 Aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan La Thill Grande.
11.2 Pesta liar, aktiviti tidak bermoral, penggunaan bahan terlarang, perjudian, pergaduhan, vandalisme atau sebarang kelakuan yang boleh menjejaskan keselamatan dan reputasi homestay adalah tidak dibenarkan.
11.3 Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk kecuali mendapat kebenaran khas daripada pihak pengurusan.
11.4 Tetamu tidak dibenarkan membawa masuk barang yang boleh merosakkan premis, mengganggu jiran atau membahayakan keselamatan tetamu lain.
12. CCTV & Keselamatan Premis
12.1 CCTV dipasang di kawasan luar premis untuk tujuan keselamatan, pemantauan keluar masuk dan perlindungan harta benda.
12.2 CCTV tidak dipasang di kawasan peribadi seperti bilik tidur dan tandas.
12.3 Tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan barang peribadi masing-masing. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan wang, barang kemas, dokumen, peranti elektronik atau barangan berharga lain.
13. Hak Pihak Pengurusan
13.1 Pihak pengurusan La Thill Grande berhak membuat pemeriksaan sekiranya terdapat aduan, kecemasan, pelanggaran peraturan atau keperluan keselamatan.
13.2 Pihak pengurusan berhak membatalkan penginapan tanpa pemulangan wang sekiranya tetamu melanggar peraturan penting, membawa tetamu luar tanpa kebenaran, melebihi kapasiti, merosakkan harta benda atau mengganggu ketenteraman kawasan.
13.3 Pihak pengurusan berhak mengemas kini terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
14. Persetujuan Tetamu
Dengan membuat tempahan di La Thill Grande Villa Melaka Private Pool, tetamu bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan. Terma ini diwujudkan bagi memastikan pengalaman penginapan yang selesa, selamat, bersih dan teratur untuk semua tetamu termasuk tetamu yang seterusnya.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, permohonan khas atau perkara yang perlu dimaklumkan sebelum menginap, sila hubungi pihak pengurusan La Thill Grande melalui WhatsApp rasmi yang telah diberikan semasa proses tempahan.
NOTIS PEMATUHAN: Semua kemudahan di La Thill Homestay ada pool di Melaka ini dibina mengikut standard berkualiti tinggi dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu. Komitmen kami secara berterusan memastikan pengalaman penginapan yang selesa dan memuaskan.
