Pulau Melaka

Senarai Pulau Melaka yang ramai tidak tahu. Boleh semak senarainya seperti yang dikongsikan di bawah ini

Pulau Melaka


Ia adalah Pulau buatan manusia atas tuajuan pembangunan atas kepesatan sektor hartanah di Bandar Melaka.

Sebuah jambatan 30m telah dibina bagi menghubungkan kedua-dua buah Pulau ini dengan Bandar Melaka.

Ia merupakan Pulau buatan yang dibina ini terdiri daripada 2 pulau buatan yang mana masing berkeluasan sekitar 40 hektar dan 50 hektar.

Terkini dengan beberapa pembaharuan dan pelaburan dari luar negara menyebabkan pemandangan dan landskap di sana yang telah banyak berubah. Beberapa projek sedang berjalan dan sedia ada.

Di sini ada sebuah Masjid Selat Melaka yang jadi tujuan ramai di Bandar Melaka terutamanya untuk sembahyang Jumaat.

Dan Masjid Selamat Melaka ini juga seringkali menjadi tumpuan baik pelancong tempatan dan pelancong asing. Sentiasa ramai terutamanya pada hujung minggu dan pada musim cuti sekolah.

SUMBER: Wikipedia

Pulau Besar Melaka

Ini antara Pulau yang paling popular di negeri Melaka. Tak jauh dari Bandar Hilir Melaka. Hanya sejauh 3 batu nautika sahaja. Ada macam-macam sebab ramai teringin datang ke sini.

Ada yang datang untuk melihat sendiri keindahan alam dan pantai di Pulau Besar Melaka. Tetapi…

Tetapi ada juga sebab-sebab tahyul sehingga menjalankan aktiviti khurafat di Pulau Besar Melaka ini. Kononnya Pulau ini adalah sebuah Pulau Keramat.

Anda boleh datang ke Pulau Besar Melaka samada

  • Pengangkutan Feri dari Jeti Anjung Batu
  • Bot Laju dari Jeti Umbai

Ada Banyak tempat menarik di Pulau Besar Melaka

  • Muzium Pulau Besar Melaka
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Makam Seribu
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Batu Lesung
  • Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Pokok Disula
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Gua Yunus

3. Pulau Hantu

Ini satu lagi Pulau yang ada, namanya Pulau Hantu. Macam pelik bukan namanya. Ia terletak dekat sahaja dengan Pulau Besar Melaka.

Jikalau kena musim air surut anda boleh sahaja berjalan kaki pergi ke Pulau Besar.

Pulau ini sebahagiannya terletak dalam wilayah Singapura, sebahagian lagi terletak di negeri Melaka.

Ada macam cerita dongeng dan mitos yang kdengaran mengenai Pulau ini.

Kononnya kalangan pahlawan dan pendekar zaman dahulu mengumpul kesaktian masing masing di Pulau ini. Ini dibuktikan kewujudan gua misteri di sana.

4. Pulau Dodol

Tidak dipastikan siapa dan kenapa nama ini diberikan.

Walaubagaimanapun pulau ini banyak kalai digunakan oleh kalangan nelayan sebagai tempat berteduh terutamanya ketika cuaca tidak mengizinkan seperti ribut kencang dan ribut petir.

5. Pulau Upeh

Pulau ini sangat dekat dengan Pantai Melaka yang popular iiatu Pantai Klebang. Oleh sebba itu kerajaan Melaka nampak ia satu potensi pelancongan negeri Melaka yang patut diketengahkan.

Dan sekarang Pulau Upeh Melaka ini sudah tersedia menerima kehadiran pelancong untuk datang menginap di deretan chalet sambil menikmati keindahan alam dan pantai di sekitar Pulau Upeh ini.

Dan di Pulau ini juga anda boleh melihat pendaratan Penyu Karah pada ketika musimnya.

6. Pulau Undan Melaka

Pulau Undan Melaka ini memamang jarang sekali disebut. Madsakan tidak, ini adalah satu pulau plarangan untuk sesiapa mendekati Pulau ini untuk tujuan komersil.

7. Pulau Nangka

Dahulu pernah kecoh dengan kewujudan Pulau Nangka Melaka ini. Pulau ini tidak berpenghuni.

Tetapi pulau ini jadi popular dek kerana ada yang mengatakan di Pulau Nangka inilah tersimpannya harta karun milik sultan Melaka yang terakhir pada masa itu Sultan Mahmud Shah.

Harta karun tersebut dikatakan bernilai berbilion dollar mengikut nilai pasaran pada hari ini.

Harta tersebut ditanam dan disimpan sebahagianya ketika era penjajahan Portugis pada tahun 1911. Betul atau tidak, tidak dapat dipastikan kesahihannya.

8. Pulau Hanyut

Dan pulau terakhir yang perlu anda tahu adalah Pulau Hanyut.

Kami boleh katakan Pulau Hanyut adalah pulau yang indah dan pulau yang cantik. Siapa kaki pancing Melaka, lokasi di sekitar Pulau Hanyut adalah lubuk untuk mereka mencari ikan-ikan menarik.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *