Tempat Menarik di Melaka

Jemput lerr datang ke Melaka, banyak tempat menarik di Melaka yang best pada waktu malam dan waktu siang bersama kanak-kanak dan anak anak anda

Tinjauan yang pihak Mymelaka lakukan, rata-rata suka untuk datang ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Mana tidaknya. Nak cari tempat makan best dan sedap termasuk deretan tempat best di Melaka cukup banyak.

Ada banyak pilihan tempat viral di melaka untuk mereka datang bercuti.

Senarai Tempat Menarik di Melaka Waktu Malam dan Siang

Kecil-kecil cili padi. Itulah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah iaitu sebuah destinasi pelancongan menarik dan unggul di Malaysia.

Merata boleh cari dan pergi atau bahasa muda-mudi hari ini iaitu check in sambil selfie untuk dikongsikan di media sosial, Facebook ataupun Instagram.

Adakah anda Setuju?

Anda tahu apa yang lebih menakjubkan? Hanya 2 tempat sahaja yang diperakui sebagai bandar warisan dunia oleh UNESCO.

Georgetown, Pulau Pinang dan juga Melaka. Dengan sejarah terkandung yang melebihi 500 tahun. Hotel di Melaka pun banyak yang menarik, jika anda ingin dapatkan harga murah, sila tempah awal atau pergi waktu puncak.

Anda digalakkan untuk sewa homestay jikalau pergi dalam kumpulan besar. Pendek kata, memang tiada masalah untuk bercuti di Melaka.

Di sini Mymelaka senaraikan terlebih dahulu tempat menarik di Ayer Keroh dan tempat menarik di Bandar Hilir yang mana anda boleh di pautan ini senarai tempat bersejarah di Melaka.

“Ini adalah panduan tempat best yang ada di Melaka. Dari tempat yang bersejarah hinggalah ke pantai yang bersih. Semua ada”

Melaka mempunyai banyak tempat percutian yang best di melaka termasuk pantai yang bersih dengan pemandangan matahari yang mengasyikkan pada waktu terbit & terbenam.

Di bawah ini, kami senaraikan pantai terbaik di Melaka, yang bersedia setiap masa untuk menerima kunjungan anda.

Tempat Mandi di Melaka Sesuai Untuk Family Day di Pantai Puteri

Apakah tarikan yang ada di Pantai Puteri? Biasanya sampah-sarap pasti banyak di kawasan yang ramai pelancong. Pantang betul jika ramai pelancong pasti akan banyak sampah-sarap.

Kepada yang sedang cari penginapan yang privacy untuk group anda atau family anda dengan kemudahan private pool, tempah thill homestay melaka (https://thillmelaka.com)

Tapi, ini tidak berlaku di Pantai Puteri Melaka. Kawasannya terjaga rapi dan pantainya bersih.

Inisiatif memang diambil kerajaan negeri Melaka untuk membersihkan pantai ini setiap hari.

Jadi, datang ke sini memang sedap mata memandang dan boleh rehatkan fikiran. Sampah akan disapu dan diangkut dengan teratur. Cuma, pantai ini tidak boleh nak lawan dengan pantai di Langkawi.

Anda boleh datang melancong. Hotel Melaka di tepi pantai boleh dinginap untuk menyaksikan keindahan matahri terbit dan terbenam.

Untuk dapatkan harga murah anda diminta untuk buat tempahan awal ataupun tinggal di homestay.

Pantai seterusnya lebih dikenali ramai (mainstream!!). Memang sudah ramai orang kenal dan jalan memang sesak di situ. Pantai apakah itu?


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *